Cara Pilih Kacang Bendi Segar Dan Muda
Bagaimana cara pilih kacang bendi yang masih segar dan muda? Kacang bendi merupakan makanan kegemaran kebanyakan rakyat negara ini. Kacang bendi dimasak dengan pelbagai resepi yang istimewa antaranya dimasak bersama dengan masak kari, kurma, rebus cicah sambal belacan, dan banyak lagi.
Kacang
bendi amat mudah ditemui dijual di kawasan pasar, kedai runcit, pasar raya dan
juga pasar minggu. Masalahnya sekarang, ramai daripada anda tersalah pilih
kacang bendi yang telah tua atau matang. Ini menyebabkan kacang bendi yang
telah tua tidak lagi sedap dimakan kerana kulitnya telah mengeras.
Cara mudah pilih kacang bendi yang masih muda
Sesetengah
dari penjual sanggup menjual kacang bendi yang telah tua kepada pembeli
hinggakan pembeli akan mengalami kerugian yang sia-sia disebabkan kekurangan
pengetahuan bagi menentukan kacang bendinyang masih muda.
Saya
sendiri tidak mengetahui hal ini selama beberapa tahun, hingga sering kali membeli
kacang bendi yang telah tua. Kerana adanya insan yang sudi berkongsi petua
untuk memilih kacang bendi yang masih muda, saya akan berkongsi semula kepada
anda tip memilih kacang bendi yang terbaik.
![]() |
| Image by Laura from Pixabay |
Lubang yang
masih kecil atau sebesar jarum, ia adalah petunjuk, kacang bendi masih muda,
jika lubang pada tangkainya telah besar, iaitu melebihi lubang pen, ia
menandakan kacang bendi itu telah matang atau telah tua.
Hanya itu
lah tip untuk menentukan kacang bendi itu masih muda atau telah tua. Tip yang
lain pula, picitlah secara perlahan keatas kulit kacang bendi, selalunya kacang
bendi yang telah tua, kita akan merasakan kulitnya yang telah keras.
So,
peganglah pengetahuan ini dan simpan ke dalam hati anda agar tidak tersalah
lagi memilih kacang bendi yang telah tua. Kacang bendi tua tidak sedap lagi
untuk dimakan tetapi jika kacang bendi muda yang telah direbus dan di cicah
dengan sambal belacan, perhh rasa yang amat nyaman sekali.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.