Cara Pilih Tembikai Manis Yang Betul
Bagaimana petua cara memilih tembikai yang manis? Ramai di antara anda sebagai peminat tembikai mungkin akan tertanya-tanya bagaimana memilih tembikai yang telah masak ranum dan manis ya. Buah tembikai amat digemari oleh ramai orang bukan sahaja rasa nya yang sedap tetapi tembikai juga memiliki manfaat kesihatan yang sangat baik kerana kaya dengan sumber antioksidan termasuklah likopena yang mana sebagai anti kanser terhadap jenis kanser tertentu, penyakit jantung dan penyakit dibetis.
Memilih
buah tembikai yang manis mungkin menjadi satu cabaran bagi anda jika tidak
mengetahui petua yang betul bagaimana memilih tembikai yang manis. Satu-satunya
cara benar mengetahui tembikai yang manis adalah dengan memakannya dengan
memilih isinya yang benar-benar kemerahan. Bagaimana pula memilih tembikai yang
masih belum dipotong dijual di pasaran? Baik, berikut merupakan beberapa tip
yang patut anda perlu cuba agar dapat memilih tembikai yang manis.
Cara-cara memilih tembikai yang manis
1. Memilih warna yang sekata
Jika anda
ingin memilih buah tembikai yang manis, tidak kisah lah dengan bentuk buah yang
bujur, bulat atau bentuk yang memanjang, carilah buah tembikai yang mempunyai bentuk
simetri sempurna, warna gelap, jalur sekata dan terang. Elakkan memilih buah
tembikai yang mempunyai benjolan dan lekukan kerana ia sebagai petanda
kemungkinan buah tembikai tersebut tidak menerima air yang mencukupi atau
proses pendebungaan yang kurang sempurna.
2. Memilih tompokan kuning
Di ladang,
buah tembikai akan membesar di atas permukaan tanah sebelum ia dituai oleh
peladang dan ini akan menghasilkan tompokan kuning dan juga tompokan putih.
Tanda tompokan kuning lebih besar kelihatan di buah tembikai sebagai tanda buah
tembikai tersebut cukup lama berada di ladang, sudah tentu ia sebagai petanda,
buah tersebut telah masak sepenuhnya dan memiliki rasa yang manis.
![]() |
| Image by congerdesign from Pixabay |
3. Memilih kulit yang keras
Buah
tembikai memerlukan masa yang mencukupi untuk tempoh matang. Buah tembikai yang
masih muda mempunyai teksur kulit yang masih lagi lembut. Apabila ia digores
hanya sedikit pun ia akan tercalar jika buah tembikai masih belum cukup matang,
begitu juga ditekan dengan tangan ianya boleh diketahui ianya masih muda. Jika
buah tembikai yang telah matang sepenuhnya, ia memiliki kulit yang keras dan
sukar untuk ditekan.
4. Memilih tangkai yang telah kering
Apabila
kita memilih buah tembikai yang dijual di pasaran, kita akan dapati terdapat
tangkai yang masi tertinggal pada buah tembikai. Tangkai tersebut merupakan
tangkai yang membekalkan air serta nutrient kepada buah tembikai untuk
membolehkanya ianya berkembang. Sebagai panduannya, tangkai buah tembikai yang
telah kering menandakan ianya cukup matang dan manis tetapi jika tangkai masih
hijau, ia sebagai tanda tangkai masih tumbuh dan buah tembikai masih belum
cukup matang untuk dituai. Petuanya disini, pilih lah tangkai yang telah
kering.
5. Teknik menepuk
Teknik ini
selalu digunakan oleh peminat buah tembikai untuk menentukan buah tembikai
telah masak sepenuhnya. Menepuk beberapa kali buah tembikai sambil mendengar
bunyi yang dalam, bunyi berongga dan rata sebagai penanda aras berkemungkinan
buah tersebut telah masak sepenuhnya.
6. Menentukan berat
Cuba anda
mengangkat sebiji buah yang anda pilih, buah tembikai sepatutnya memiliki berat
yang sama dengan saiz buah tembikai tersebut. Buah tembikai mempunyai 91% air,
ini bermakna buah tembikai yang manis mempunyai berat yang mencukupi dan ia
sebagai tanda buah tersebut benar-benar sihat.
Baca Juga: Cara Pilih Kacang Bendi Segar Dan Muda
Memilih buah tembikai sememangnya menjadi cabaran kepada pengemar buah ini apabila memilih buah tembikai di pasaran, walau begitu memilih buah tembikai dengan menggunakan teknik ini, sudah memandai untuk memperolehi buah tembikai yang masak sepenuhnya. Muda-mudahan cara ini membantu anda, dan jika anda memmpunyai tips yang lebih baik, anda boleh berkongsi dengan kami disini sebagai panduan pembaca yang lain.
Baca Juga: Cara Minum Cuka Epal Yang Betul
Rujukkan: Healthline

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.