Dua Cara Nak Sejukkan Bilik Paling Berkesan

Musim panas datang lagi, memang amat rasa tak selesa apabila cuaca panas nie kan? Apatah lagi dekat rumah atau dalam bilik terutama mereka yang tidak memiliki aircond. Apa yang ada hanya kipas bilik je atau kipas stand fan mahupun kipas meja. 

Bila cuaca panas ni memang terasa bahang haba di dalam bilik. Takpe admin akan menunjukkan cara paling berkesan sejukkan bilik anda dengan kaedah yang masuk akal.

Cara  nak sejukkan bilik guna air dalam baldi jer

Tak percaya teknik ni kan, hanya guna air dalam baldi jer? Yer, ini cara teknik pertama admin ajarkan pada korang bagaimana sejukkan bilik korang dengan berkesan sekali. 

Apa yang perlu korang buat, sediakan baldi sederhana besar, isikan dengan air bersih sehingga lebih dari separuh dan letakkan berhadapan dengan kipas. Berkesan ke?
Image by Young Kim from Pixabay


Teorinya begini, apabila kipas korang dipasang dan menghala ke baldi berisi air, angin akan meniup air di dalam baldi tersebut dan seterusnya perlahan-lahan akan menyejukkan ruangan bilik korang.

Jika nak bilik korang lagi cepat sejuk, letak ais ke dalam baldi tersebut, percayalah ruangan bilik yang panas tadi tu akan segera sejuk. Tak percaya cuba korang buat tips ini!

Cara nak sejukkan bilik guna kipas saja

Ini lagi tak masuk akal, dah la bilik panas, tapi sejukkan bilik guna kipas jer? Haha, baik sebenarnya tips ini sesuai bagi bilik yang memiliki tingkap atau beranda, apa yang perlu korang buat, buka tingkap bilik anda, pasang suis kipas korang dan halakan ke arah tingkap yang sudah terbuka itu tadi.

Tujuan untuk lakukan cara ini adalah bagi menarik haba yang panas di dalam bilik korang keluar melalui tingkap. Cara ini akan menjadikan haba di dalam bilik korang akan segera perlahan-lahan menjadi sejuk.

Jika korang memiliki 2 kipas meja atau kipas jenis stand, salah satu kipas dihalakan ke arah tingkap yang terbuka dan sebuah lagi kipas dipasang menghala ke dalam bilik. Cara ini amat cepat menjadikan bilik korang menjadi sejuk.

Faktor yang menjadikan bilik korang berhaba panas

Terdapat pelbagai sebab menyebabkan haba di dalam bilik panas, lebih-lebih lagi bilik korang tidak memiliki tingkap. Ketika cuaca panas, hujan tiba-tiba hujan turun di dalam masa yang tidak lama juga penyebab kepada bahang panas di dalam bilik.

Ini disebabkan pelepasan haba di sekitar tempat tinggal korang terutamanya bilik yang anda tinggal di kawasan bandar. Jika korang mempunyai bajet yang lebih, apa salahnya anda memasang aircond di bilik korang, pasti selesai masalah anda. Haha. Apa pun teknik yang admin ajarkan memang berkesan untuk mengurangkan haba panas di dalam bilik anda.

Oh ya, jika bilik korang terkena sinaran cahaya matahari juga penyebab kepada bahang panas di dalam bilik, begitu juga mungkin tiada penebat haba di siling bilik korang. Bagi mengelak sinaran terus matahari ke bilik korang, mungkin perlu korang menggunakan langsir yang agak tebal untuk mengurangkan bahang panas dari sinar matahari. 

Tinggalkan komen di bawah jika tips ini bermanfaat ya, atau mungkin korang memiliki idea yang lebih baik lagi, mari kita sama kongsi tip bersama.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan