Pengalaman Gear Manual Sukar Dimasukkan
Pengalaman ini telah berlaku baru-baru ini bagaimana gear manual kereta tak masuk. Bagi saya ia adalah hari yang benar-benar mencabar ditambahi lagi ianya berlaku di jalan yang sesak dengan kenderaan. Gear manual sukar dimasukkan jangan mengambil rendah tentang masalah tersebut kerana ia sebagai tanda anda harus bersedia untuk kos pembaikan kereta anda.
Anda pula
bagaimana? Pernah lalui tak situasi seperti yang saya alami? Mungkin pada saat
ini, kereta anda susah nak masuk gear manual atau hanya kadang-kandang sahaja
gear tak mau masuk tak kisah dari gear 1, gear 2, ger 3, 4, 5 hingga gear reverse.
Gera manual tak masuk apa punca?
Sebenarnya
cerita bermula seperti ini, saya mempunyai sebuah kereta manual Perodua Viva
850 cc. Satu hari itu, semasa saya nak masukkan gear, ianya agak susah untuk
dimasukkan. Begitu juga apabila saya masukkan ke kedudukan gear reverse.
Terdapat
bunyi yang agak menyeramkan bagi saya terutama sekali apabila saya masukkan ke
kedudukan gear reverse, bunyinya seperti ini ‘kreakk’. So saya telah berjumpa
dengan pomen di tempat tinggal saya dan beliau telah buat penelitian keatas
gear dan kabel clutch.
Setelah pomen
selesai buat pemeriksaan keatas gear dan kabel clutch, pomen mengatakan, lining
clutch yang bermasalah perlu buat pemeriksaan lanjut dan kemungkinan lining
clutch serta bearing perlu ditukar katanya.
Apa yang pomen
dapat lakukan pada masa itu dia cuba ketatkan kabel clutch dan menunjukkan
kepada saya kedudukan kabel klutch tersebut dan cara untuk ketatkan kabel clutch
sekiranya gear masih sukar dimasukkan.
Pomen
bagitau kepada saya, awak boleh guna kereta anggaran 3 bulan lagi sebab saya
telah ketatkan semula kabel clutch dan setakat ini gear masih boleh masuk
seperti biasa walau kadang-kadang gear agak sukar dimasukkan.
So, saya
telah cuba dirive dan dapati gear boleh masuk seperti biasa. Selama beberapa
bulan kemudian, tiada banyak masalah terhadap kereta yang saya guna, walau gear
kadang-kadang sangkut, bukannya saya tak nak buat tetapi kerana komitmen kerja
yang tidak mengizinkan untuk menghantar ke bengkel untuk dibaiki.
Satu hari itu,
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, gear langsung tak nak masuk. Saya cuba
berhenti di tepi jalan dan ketatkan semula kabel clutch. Tetapi saya sudah
ketatkan ke tahap yang paling maksimum, gear masih susah dimasukkan.
Walau gear
susah mau dimasukkan, ia sebenarnya masih dapat dimasukkan apabila kita menekan
clutch secara berulang kali. Dalam fikiran saya, ini sudah tak boleh jadi,
harus dibaiki segera lining clutch jika tidak kereta boleh tersadai.
Dengan
keadaan kereta gear yang susah mau dimasukkan, saya ke kedai alat ganti untuk
membeli clutch lining plate set. Ianya temasuk cover sekali dan saya juga
membeli bearing clutch. Harga bagi clutch plate set termasuk bearing kalau saya
tak silap berharga RM 315.
Harga
clutch plate set sekarang telah naik harga ianya belum termasuk kos upah lagi
bagi mengantikan clutch plate yang baru. Walau bagaimana pun kataku, ianya
harus dibaiki dengan segera disebabkan ianya keperluan yang mendesak.
Baca Juga: Pengalaman Minyak Hitam Kereta Berkurangan
Syukur lah walau
gear yang sukar dimasukkan saya sampai juga ke tempat pomen kereta untuk
dibaiki. Disebabkan pomen kereta saya ini adalah pomen persendirian, ia
mengambil masa sehari lebih untuk menukar clutch plate kereta saya. Ya memang
benar, clutch plate masi tebal, tetapi pomen mengatakan, gigi matahari (saya pun tak fama ap aitu maksudnya haha)
sangkut dan bearing clutch telah rosak.
Begitulah, sebuah pengalaman yang patut saya kongsikan kepada anda semua, bagaimana merasakan gear manual sukar dimasukkan. Kebanyakan kes ianya berpunca dari clutch lining dan juga bearing. Kos upah pembaikan tidak termasuk upah pembaikan yang lain adalah sebanyak RM 250. Jika terdapat kerosakan lain, sudah tentunya kos akan lagi bertambah. So fikir-fikirkan lah mengenai kosnya upah dan kos alat ganti.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.