Kad Bank BSN Hilang, Apa Harus Dilakukan?
Apa harus dilakukan apabila kad Bank BSN anda hilang, tercicir atau dicuri oleh seseorang? Mungkin anda sebagai pelanggan bank BSN, tidak tahu apa yang harus dilakukan, lebih-lebih lagi kad bank tersebut amat penting bagi anda kerana bukan sahaja digunakan untuk urusan pengeluaran wang tetapi di dalam bank BSN anda masih mempunyai wang.
Anda dinasihatkan untuk mencari segera kad bank Bank BSN anda sesegera mungkin kerana dirisaukan seseorang telah mengambil kad bank anda dengan tujuan yang tidak baik.
Kad BSN hilang, ini tindakan harus dilakukan
Sekiranya kad Bank BSN anda hilang, anda dinasihatkan jangan berlengah-lengah dengan tanpa berbuat apa-apa, mungkin kad bank BSN anda mungkin hanya tercicir di celah sofa atau di katil anda tetapi jika anda telah cuba mencarinya tetapi masih tidak menjumpainya, ini tindakan yang harus anda lakukan.
![]() |
| Credit: bsn.com.my |
Pertama sekali, telefon segera talian hotline BSN untuk membatalkan kad BSN anda sebagai langkah pertama untuk berjaga-jaga kerana dirisaukan kad anda telah dipegang oleh orang yang tidak berniat baik. Langkah ini harus dilakukan dengan segera kerana pada masa ini terlalu ramai yang telah kehilangan wang di bank kerana pengguna mengabaikan langkah keselamatan mengenai kad bank mereka.
Apabila anda melakukan panggilan hotline di bank BSN, menjadi kebiasaan bagi pihak BSN akan bertanyakan butir-butir anda sebagai pemanggil misalnya akan bertanyakan anda mengenai nombor Mykad anda, nombor telefon dan pertanyaan-pertanyaan lain-lain bagi mengesahkan anda adalah pemilik kad yang telah hilang.
Selesai sahaja anda menghubungi pihak BSN bagi urusan pembatalan kad anda, pihak BSN akan mengarahkan anda pergi ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat untuk urusan pengantian kad BSN yang baru.
Sekiranya, terdapat pengeluaran wang anda semasa kad anda hilang, dan pengeluaran tersebut bukan dari anda, pihak bank sudah tentunya akan memberi nasihat kepada anda untuk membuat laporan polis terlebih dahulu untuk memboleh kan pihak bank BSN untuk menuruskan siasatan lanjut.
Talian Hotline BSN
Sebagai rujukan anda , berikut merupakan talian Hotline BSN untuk memudahkan anda menghubungi pihak mereka sekiranya kada bank BSN anda hilang.
BSN Contact Centre: 1300 88 1900
Menurut dari pihak BSN, bermula 15 september 2021, pusat perhubungan bank BSN hanya akan bermula pada waktu 0800 pagi hingga 1000 malam, selepas jam 1000 malam pula, pemanggil akan dihalakan ke auto respon suara interaktif BSN untuk melaporkan kad yang dicuri dan bantuan penggunaan kad luar negara.
Rujukan: Bank BSN

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.