Kad Bank Islam Hilang
Mungkin kita sering kali, terlupa atau tercicir barang peribadi kita terutama dompet hingga menyebabkan dokumen penting kita hilang hingga terpaksa pergi ke pihak yang berkenaan untuk proses penggantian dokumen kita semula.
Pada artikel kali ini, admin ingin membantu anda sekirannya dokumen penting yang hilang adalah kad Bank Islam. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Bertenang, admin akan mengajar anda untuk menyelesaikan masalah anda.
Cara-cara mengatasi masalah jika kad bank Islam hilang
Jika kad Bank Islam anda tercicir atau hilang, segera cari dahulu di mana anda meletakkannya. Jika ia benar-benar tercicir atau dicuri oleh orang lain, apa yang perlu anda lakukan adalah menghubungi segera pihak bank anda untuk membatalkan kad anda.
Mungkin semasa anda menghubungi pihak Bank Islam di dalam talian hotline mereka, terdapat beberapa pertanyaan akan diajukan kepada anda misalnya nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama penuh atau nombor kad bank sekiranya perlu.
Pertanyaan-pertanyaan ini adalah biasa dan satu prosuder bagi pihak bank untuk mengesahkan identiti anda sebagai pemanggil.
Telefon contact center Bank Islam
Pihak Bank Islam menyarankan pelanggan mereka menghubungi pihak mereka dengan segera sekiranya kad Bank Islam hilang atau dicuri. Berikut adala talian center Bank Islam:-
Bank Islam Contact Centre: +603-26 900 900
Talian ini beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Jika anda ingin menghubungi pihak bank Islam melalui email. Anda boleh menghubungi mereka di contactcenter@bankislam.com.my Waktu operasi unit koresponden email Bank Islam adalah pada waktu hari isnin hingga jumaat iaitu bermula masa dari 0900 pagi hingga 0600 petang.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.