Kad Maybank Hilang, Lakukan Hal Ini Segera
Sesetengah dari anda akan mengalami kehilangan kad debit bank atau kad dari bank-bank lain seperti kad bank Cimb, kad bank BSN, atau kad bank dari lain-lain bank. Hal ini akan menyebabkan kesukaran kepada anda untuk melakukan pengeluaran wang di bank anda.
Panduan pada kali ini untuk memberi pengetahuan kepada pengguna Maybank jika kad Maybank hilang dari simpanan mereka. Kepada pengguna Maybank, jangan mengambil pendekatan mudah sekiranya kad bank hilang dari simpanan anda kerana anda sangat berisiko kehilangan wang dari simpanan anda.
Kad Maybank hilang, telefon segera pusat khidmat pelanggan
Tindakan pertama yang harus anda lakukan apabila berhadapan situasi ini, jangan sesekali panik, bertenang, cari sesegera mungkin di mana anda letakkan kad Maybank anda.
Sekiranya anda telah puas mencarinya, tetapi masih tidak menjumpai kad bank anda, baru lah harus menghubungi pihak khidmat pelanggan Maybank dengan segera.
![]() |
| Credit: Maybank2u |
Ini kerana, kebanyakan kad bank pada waktu ini mempunyi fungsi debit, bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakan kad bank untuk melakukan pembelian terutamanya di pasar raya.
Perlu diingatkan kepada pelanggan Maybank, menjadi kebiasaan pusat khidmat pelanggan Maybank akan bertanyakan kepada pemanggil mereka dengan pertanyaan seperti nombor kad Mykad anda, nombor telefon dan pertanyaan lain sebagai pengesahan.
Nombor Customer Service Maybank adalah seperti berikut:- 1-300-88-6688
Selain dari menghubungi pusat khidmat pelanggan Maybank, anda sendiri boleh melakukan sekatan keatas kad anda sendiri dengan cara seperti berikut
Langkah 1
- Login ke Maybank2u.com.my anda
Langkah 2
- Pergi ke 'SETTINGS'
Langkah 3
- Klik 'DEBIT CARD' - Replace, Renew, Activate & Block
Langkah 5
- Klik '...' dan pilih Block

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.