Cara Dapatkan Kad Mesra Petronas Hilang

Adakah kad Mesra Petronas anda hilang? Jangan risau kita akan memberikan kepada anda beberapa panduan bagaimana untuk mendapatkan kad Mesra Petronas yang telah hilang atau rosak atau tidak lagi boleh digunakan berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh pihak Petronas sendiri.

Menjadi satu kerugian bagi anda jika tidak menukar kad Mesra Petronas, lebih-lebih lagi point atau mata ganjaran yang terkumpul  di dalam kad tersebut cukup banyak. So, bagaimana untuk menebus mata ganjaran itu jika kad telah hilang atau rosak.

Cara-cara mendapatkan kad mesra petronas yang hilang atau rosak

Merujuk kepada panduan yang telah diberikan oleh pihak Petronas bagi pelanggan mereka yang mengalami kehilangan kad Mesra Petronas, berikut adalah step yang perlu pelanggan lakukan untuk mendapatkan semula kad mereka.

Langkah 1

Anda boleh mendapatkan Kad mesra yang baru di mana-mana stesen Petronas yang terdekat di kawasan anda.

Langkah 2

Anda perlu menghubungi  talian khidmat pelanggan Mesralink di talian ini 1300 22 8888 atau anda boleh juga  menghubungi mereka  melalui email di mesra@petronas.com.my .

kad mesra petronas
Credit: Mymesra.com

Khidmat pelanggan akan meminta nombor kad mesra Petronas yang baru, nombor kad pengenalan, nama penuh sebagai pengesahan dan email anda sebagai pengaktifan akaun anda.

Langkah 3

Anda perlu membatalkan kad Mesra petronas yang lama dan buat laporan kehilangan kepada khidmat pelanggan Mesralink.

Langkah 4

Setelah selesai anda menghubungi khidmat pelanggan mesralink, anda perlu buka email anda dan buka link yang telah dihantar oleh khidmat pelanggan Mesralink sebagai pengaktifan akaun.

Setelah anda menekan link tersebut, anda akan dibawa ke web rasmi Petronas dan anda akan dikehendaki untuk memasukkan nombor kad Mesra Petronas yang baru.

Baca Juga: Cara Tukar Kad Maybank Secara Online

Setelah selesai tekan button ‘submit’ dan anda akan diberikan nombor password sementara dan anda akan dibawa ke akaun anda. Disini anda boleh menukar nombor password akaun anda yang baru.

Langkah 5

Mata ganjaran lama akan pindah secara automatik ke kad Mesra Petronas yang baru di dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengaktifan kad baru anda. Walau begitu terdapat point mata ganjaran akan ditolak dari akaun anda sebagai caj perkhidmatan.

Langkah 6

Anda kini boleh menggunakan kad Mesra yang baru seperti biasa untuk mengisi minyak dan melakukan penembusan ganjaran serta mengumpul point.

Baca Juga: Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad Maybank

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan