Kelebihan Membeli Kereta Proton Saga Tahun 2023
Berbaloi ke beli kereta Proton Saga pada tahun 2023? Pertanyaan ini selalunya akan timbul bagi mereka yang ingin membeli kereta baru pada tahun ini.
Ya, kereta Proton Saga pada tahun ini sememangnya antara
kenderaan yang menjadi perhatian rakyat Malaysia pada masa ini kerana terdapat pembahruan
yang telah di buat oleh Proton.
Kereta Proton Saga pada tahun 2023, adalah sebuah kenderaan
yang masih diketegorikan sebagai kenderaan yang masih mampu milik memandangkan harga
kenderaan ini masih di tahap yang sederhana.
Walau begitu, Proton masih tidak melupakan ciri-ciri yang
canggih terhadap kenderaan ini seiring dengan perkembangan samasa.
Kelebihan-kelebihan membeli kereta Proton Saga pada tahun 2023
Sebelum kita mengetengahkan lebih lanjut mengenai berbaloi
atau tidak membeli kereta Saga pada tahun 2023, mari kita lihat apakah
kelebihan yang ada terhadap kenderaan ini.
Pertama, pihak Proton mengatakan, pengguna kenderaan tidak
perlu lagi mengeluarkan kunci kenderaan semasa keluar dan masuk melalui kenderaan ini yang digelar oleh Proton sebagai Intelligent
entry.
![]() |
| Credit Photo: Proton.com |
Seterusnya, pengguna Proton Saga tidak perlu lagi masuk ke
kenderaan semata-mata untuk membuka
bonet belakang, hanya melalui remote kunci sahaja.
Pengguna Proton kini tidak memerlukan kunci untuk
menghidupkan kenderaan mereka, kerana ia telah dilengkapi dengan button
penghidup enjin kereta.
Proton Saga juga dilengkapi dengan moniter skrin sentuh
berkelebaran 7 inchi dengan memiliki sambungan blotooth. Pelanggan juga boleh
pautkan telefon pintar mereka iaitu telefon Android dan IOS mengikut apps yang
disukai pelanggan mereka.
Proton Saga tahun 2023 juga dilengkapi dengan system Eco,
iaitu membantu penjimatan penggunan minyak yang lebih baik.
Apa yang menarik, semasa pelanggan mematikan kenderaan
mereka, Infotainment Head Unit akan mengingatkan pemandu terhadap tiga perkara
iaitu barangan peribadi, gajet dan kanak-kanak.
Kenderaan ini juga dilengkapi dengan 3 Port Usb untuk
memudahkan pengguna mereka boleh mengecas alat peranti mereka semasa tempoh
pemanduan.
Baca Juga: Harga Proton Saga Tahun 2023
So, apa pandangan anda terhadap kereta Proton Saga pada
tahun 2023 ini. Bagi pendapat penulis, jika anda benar-benar memerlukan kereta
pada tahun ini disebabkan keperluan, tiada masalah bagi anda untuk membeli kereta
Proton Saga ini kerana bukan sahaja kereta ini agak canggih tetapi Proton Saga
mempunyai alat ganti yang mudah diperolehi.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.