Kereta Kemalangan Jalan Raya, Apa Harus Dilakukan?
Apa harus dilakukan apabila kereta anda mengalami kemalangan di jalan raya? Benar kata orang, malang tidak berbau, begitulah pepatah bagi mereka yang mengalami kemalangan kereta. Muda-mudahan anda selamat seadanya. Ramai dari kita tidak mengetahui apakah langkah yang harus dilakukan apabila mengalami musibah di jalan raya.
Apabila anda mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan
kenderaan lain, situasi yang perlu anda lakukan pada masa itu, janganlah
sesekali panik, kawal diri anda setenang yang mungkin dan jangan sesekali
berkelahi atau bergaduh dengan orang yang terlibat dengan anda mengenai
kemalangan tersebut.
Langkah-langkah perlu dilakukan apabila kemalangan kereta melibatkan kenderaan orang lain
Tindakan pertama yang perlu anda lakukan apabila berlakunya
kemalangan kereta anda dan ia melibatkan kereta orang lain, lihat dahulu
situasi mengenai kemalangan tersebut adakah anda tercedera, adakah kereta orang
lain yang terlibat dengan kemalangan juga mengalami kecederaan?
Jika berlakunya kecederaan yang serius, ada baik nya
menghubungi talian kecemasan 999 atau nombor telefon polis terdekat untuk
meminta bantuan pihak mereka menghubungi ambulan. Nyawa anda dan orang lain
lebih penting berbanding dengan urusan kenderaan tersebut kerana ia boleh
diselesaikan kemudian.
![]() |
| Image by RettungsgasseJETZTde from Pixabay |
1. Kenal pasti siapa yang bersalah
Mengenal pasti siapa yang bersalah adalah sangat penting
semasa dalam keadaan situasi genting di dalam kemalangan kereta yang melibatkan
kenderaan lain. Memang, di dalam keadaan situasi yang panik semasa berlakunya
kemalangan, terdapat pihak anda atau orang lain tidak akan mengaku siapa yang
bersalah lebih-lebih lagi kedudukan situasi kemalangan itu masing-masing
kedua-dua belah pihak mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka tidak
bersalah.
Sesetengah kes pula, walaupun ianya terang telah bersalah
tetapi masih tidak mengakui kesalahanya. Jika berhadapan dengan pemandu kereta
seperti ini, biar pihak pakar mengenai undang-undang jalan raya iaitu pihak polis trafik yang menentukan siapa pihak yang bersalah sepatutnya.
Jika di pihak anda yang bersalah adalah lebih baik anda yang
akan mengakui kesalahan anda begitu juga di pihak lain harus mengakui kesalahan
mereka bagi memudahkan urusan kemalangan tersebut kerana jika sebelah pihak
tidak mengakui kesalahan, sudah tentunya kes kemalangan anda akan menjadi rumit
dan kereta akan lambat dibaiki di bengkel.
2. Ambil gambar situasi kemalangan
Di dalam keadaan yang sedih, panik, marah, geram sudah
tentunya anda yang terlibat dengan kemalangan akan mengalami perasaan ini,
tetapi kemalangan telah berlaku, berusahalah menguasai diri, jangan timbulkan
kekecohan walau di pihak anda yang bersalah. Jangan lupa mengambil gambar kereta
anda kemalangan dan juga kereta pihak yang terlibat.
Ambil lah gambar dekat dan jauh, ianya sebagai bukti sebagai simpanan anda, bukti kepada pihak polis trafic jika pihak mereka tidak dapat ke lokasi kejadian dan hanya mengarahkan anda ke pejabat polis trafic untuk urusan dan juga bukti kepada pihak insuran sekiranya mereka meminta kepada gambar kereta semasa hari kejadian.
3. Berbincang dengan pihak terlibat kemalangan
Hal yang paling terpenting semasa di dalam kemalangan kereta
melibatkan kereta orang lain, anda harus berbincang dengan pemandu kereta tersebut.
Perbincangan tidak lah semudah yang anda sangkakan apabila terdapat pemandu
yang enggan memberi kerjasama lebih-lebih yang bersalah adalah dari pihak anda.
Walau begitu, cuba untuk menenangkan keadaan, jika di pihak
anda yang nyata telah bersalah akui kesalahan dan berbincang lah mengenai cara
untuk menyelesaikan urusan kemalangan tersebut, misalnya jika melibatkan
kerosakan kecil, anda tidak perlu ke balai trafik dan dan menyelesaikan hal itu
di luar dari urusan polis trafik seperti membayar kos upah terhadap pembaikan
kereta.
Baca Juga: Tanda Bateri Kereta Mula Kong
Tetapi jika pihak anda dan juga pihak yang satu lagi tidak mempunyai
wang yang cukup untuk selesaikan kos pembaikan di bengkel luar, anda harus ke
balai trafik bersama-sama dengan pihak terlibat untuk urusan laporan rasmi
terhadap kemalangan tersebut. Laporan rasmi penting dan sebagai syarat utama
untuk claim insuran.
4. Hubungi pihak polis Traffik dengan segera
Bila melibatkan kemalangan yang teruk terhadap kedua-dua
kenderaan, segera lah menghubungi pihak polis trafik untuk datang ke tempat kejadian.
Hal ini penting untuk pihak polis trafik untuk menyiasat punca kejadian kemalangan.
Kemalangan yang melibatkan kerosakan teruk kedua-dua
kenderaan, hanya pihak insuran sahaja yang mampu menyelesaikan masalah kedua-dua
pihak. Jadi biar pihak polis trafik menjalankan tugas mereka dan kedua-dua pihak
boleh claim insuran di pihak siapa yang bersalah.
5. Hubungi Insuran anda untuk urusan towing kereta
Sekiranya kereta anda break down, atau melibatkan kerosakan
teruk, hubungi lah pihak insuran anda untuk mendapatkan bantuan menunda
kenderaan anda kerana kos urusan towing percuma jika jarak penundaan itu bukan di
kawasan yang terlalu jauh.
Baca Juga: Tips Cara Kereta Terpakai Dijual Murah Secara Online
Jika jarak kawasan anda kemalangan jauh untuk melakukan
penundaan kereta, pihak towing bagi panel insuran masih mempunyai kos upah yang
masih murah berbanding dengan kos upah towing dari pihak luar.
Dimanakah anda haru hantar kereta apabila terlibat dengan
kemalangan? Sudah tentunya lebih baik hantar di balai polis terlebih dahulu,
apabila selesai urusan di balai trafik, barulah anda menghantar kereta anda di bengkel
panel insuran anda untuk urusan pembaikan.
6. Buat Laporan di Balai Trafik terdekat
Jika tiada kata putus antara kedua belah pihak untuk urusan ‘settle
luar’, adalah lebih baik buat laporan polis mengenai kemalangan tersebut.
Proses ini mudah, anda dan pihak terlibat hanya perlu buat laporan polis
mengenai kemalangan tersebut, urusan ‘statement’ dari pegawai penyiasat trafik,
dan segala salinan dokumen kenderaan, lesen kereta, telah diserah kepada pegawai
penyiasat trafik, anda hanya perlu tunggu keputusan dari tarfik siapa yang
bersalah.
Baca Juga: Cara Beli Cat kereta Murah
Proses menunggu keputusan dari pihak trafik akan dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes kepada kedua belah pihak. Sesiapa yang didapati bersalah, ia akan dikeluarkan saman kompoun berdasarkan kesalahan dan baru lah anda boleh menghantar kereta anda ke panel bengkel insuran anda untuk pembaikan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.