Kenapa Kulit Muka Mengelupas

Kamu pernah tak alami persoalan kenapa kulit muka kita mengelupas? Pada mulanya saya pun tak tahu kenapa muka kita mengelupas. Tetapi apabila saya mengkaji dengan lebih lanjut dengan merujuk kepada beberap artikel kesihatan, rupanya kulit muka kita mengelupas disebabkan oleh proses penyembuhan disebabkan oleh pelbagai sebab yang kita alami.

Antara sebab-sebabnya adalah disebabkan oleh alahan, sinaran matahari dan terdapat kemungkinan anda menghadapi masalah penyakit tertentu. Kulit muka mengelupas juga disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan, rawatan kanser, jerawat dan juga faktor penuaan.

Photo by Polina Kovaleva from Pexels
Anda diingatkan jangan sesekali menanggalkan kulit yang mengelupas di muka anda kerana ia akan memberi ruang untuk penyakit memasuki permukaan kulit anda. Hanya doktor dermatologi sahaja yang layak untuk menentukan penyakit yang anda alami berserta dengan saranan rawatan.

Apa itu kulit mengelupas? Menurut artikel yang dikeluarkan oleh my.clevelandclinic.org, kulit mengelupas merupakan lapisan kulit manusia yang paling luar sekali dan paling nipis yang dikenali sebagai epidermis.

Sunggupun ia merupakan lapisan kulit yang paling nipis, ia bertindak melindungi kulit kita daripada jangkitan bakteria dan kuman. Lapisan kulit ini juga bertindak sebagai penganti sel kulit yang baru bagi mengantikan beribu-ribu sel mati setiap hari.

Kulit muka mengelupas mungkin seperti bersisik, radang dan juga terasa gatal. Puncanya juga boleh disebabkan pelbagai sebab yang perlu diteliti punca sebenarnya yang telah menyebabkan kulit muka kita menjadi mengelupas.

Jika keadaan kulit muka anda mengelupas masih berterusan walau telah mencuba pelbagai rawatan altenatif, ada baiknya anda berjumpa dengan doctor dermatologi untuk menentukan rawatan yang sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan