Lambang Cek Enjin Menyala, Ini Harus Anda Lakukan
Adakah anda
pernah mengalami situasi lambang cek enjin menyala? Mungkin pada saat ini kereta
anda mengalami situasi yang sama seperti yang saya maksudkan disini. Setengah dari kita akan merasa panik
apabila mengalami situasi hal seperti ini.
Anda tidak
perlu risau dan panik apabila berhadapan dengan situasi seperti ini jika kereta
anda masih beroperasi seperti biasa dan tanpa ganguan apa-apa kecuali kereta
anda sukar untuk dihidupkan atau enjin kereta mati secara tiba-tiba.
Punca cek enjin menyala dan cara untuk mengatasi
Berdasarkan
pengalaman saya, lambang cek enjin menyala disebabkan oleh banyak factor yang
boleh mempengaruhi lambang cek enjin akan menyala pada kenderaan anda. Walau
begitu, apabila lambang cek enjin menyala semuanya berhubungan dengan enjin
kereta anda.
Lambang cek
enjin akan menyala juga boleh berlaku apabila terdapat kerosakan yang teruk
pada bahagian enjin kereta anda seperti, enjin overheating, radiator bocor,
atau kerosakan-kerosakan komponen yang lain pada bahagian enjin.
Seperti
yang saya katakana tadi, selagi kereta anda beroperasi seperti biasa dan tiada
berlaku kerosakan pada enjin kereta anda tetapi lambang cek enjin menyala, ia kemungkinan
disebabkan terdapat suis yang tidak disambung dengan betul semasa anda
menghantar kereta di bengkel untuk pembaikan.
Selain dari
itu, terdapat kemungkinan wayar-wayar ada yang telah terputus pada suis yang
terdapat di bahagian enjin kereta anda. Apa yang perlu anda buat, lakukan
pemeriksaan secara teliti mengenai wayar-wayar atau suis yang yang
menghubungkan pada enjin kereta anda.
Jika
baru-baru ini memang anda melakukan pembaikan pada enjin kereta anda, periksa
juga sensor ekzos pada kereta anda, mungkin pomen anda telah mengusik sensor
ekzos tersebut atau mungkin sensor ekzos anda telah rosak. Ini juga boleh
menyebabkan lambang cek enjin boleh menyala.
Jika anda
telah membuat pemeriksaan menyeluruh keatas enjin kereta anda tetapi masih lagi
tidak menemui punca lambang cek enjin menyala, anda dicadangkan untuk pergi ke
bengkel untuk melakukan pemeriksaan melalui scan computer & diagnostic.
Baca Juga: Punca Belting Perodua Viva Berbunyi
Sesetengah
bengkel kereta mempunyai perkhidmatan scan computer & diagnostic walau
begitu perkhidmatan ini tidak percuma ya, anda harus bertanya kepada pihak
bengkel berapa caj yang akan dikenakan. Harga perkhidmatan ini boleh
berbeza-beza mengikut tempat dan kawasan. So anda harus bijak memilih di mana
bengkel yang menawarkan perkhidmatan yang murah.
Selain dari itu, anda juga boleh berhubung dengan bengkel kereta dahulu sama ada mereka boleh menyelesaikan isu yang anda alami dan jan lupa bertanya dengan harga perkhidmatan yang diberikan.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.