Mengenali Ular Rusuk Kerbau
Ular rusuk kerbau dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai copperhead
racer, copperhead rat snake, radiated rat snake, copper-headed trinket snake
atau di dalam nama saintifiknya pula sebagai Coelognathus radiatus. Ular ini daripada
kelompok spesies ular colubrid.
Habitat ular rusuk kerabu ini sering ditemui di kawasan pelbagai
bentuk bumi, misalnya ditemui di kawasan berbatu, berbukit, kawasan lapang, kawasan
pertanian dan di dalam hutan.
Makanan utama ular rusuk kerbau adalah haiwan-haiwan kecil seperti
tikus, burung, katak dan serangga-seranga kecil yang lain. Tidak hairanlah jika
ular ini sering ditemui oleh para petani di kawasan ladang kerana ular ini
memburu tikus yang banyak di kawasan tersebut.
![]() |
| Credit Photo: Dunia Haiwan Malaysia |
Haiwan ini mempunyai sifat thanatosis, iaitu sifat
pertahanan bagi sesetengah haiwan apabila terancam dengan berpura-pura mati. Ia
akan berguling-guling dan seterusnya akan mengendurkan ototnya.
Badan ular rusuk kerbau dilihat agak langsing, memiliki
pelbagai warna seperti cokelat kelabu gelap, perang kuning merah, mempunyai
empat jalur gelap di sepanjang badanya dan dua jalur bawah yang lebih sempit
dan kelihatan terputus-putus.
Kepala ular ini pula berwarna tembaga dan memiliki tiga
jalur mengarah ke bawah dan pada belakang matanya serta kelihatan terdapat jalur
yang gelap melintas tengkuk. Ventrum serta kawasan bawah kepala adalah pucat.
Spesies ular ini telah tersebar luas ke kawasan Asia Selatan
iaitu Bangladesh, Nepal, India, selatan China, selatan Myanmar, selatan
Thailand, semenanjung Malaysia, Vietnam, Kemboja, Sumatera, Jawa, Borneo dan
juga Bali.
Menurut ecologyasia.com, di Singapura, spesies ular rusuk kerbau telah
disenaraikan sebagai tak tentu kerana masih belum memiliki rekod terkini.
Rujukkan: Wikipidea/ecologyasia.com

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.