Pengalaman Minyak Hitam Kereta Berkurangan

Pernahkah anda mengalami masalah minyak hitam kereta berkurangan? Terpaksa pula menambah minyak hitam bagi memastikan minyak hitam dalam keadaan cukup. Saya juga pernah mengalami situasi seperti anda alami.

Saya mempunyai kereta Perodua Viva 850 cc, satu hari semasa saya melakukan pemeriksaan paras minyak hitam semasa hendak pergi kerja seawal pagi, saya dapati, minyak hitam semakin berkurangan tetapi masih di paras yang masih terkawal iaitu di paras kurang dari separuh.

Punca minyak hitam berkurangan

Sebenarnya masalah kereta Viva minyak berkurangan ini sudah lama berlaku, tetapi kerana kesibukan kerja, apa yang saya buat, saya hanya menambah minyak hitam untuk memastikan minyak hitam tidak terlalu kurang.

Apabila tempoh untuk menukar minyak hitam pula, saya menghantar seperti biasa kereta saya di bengkel untuk diservis walaupun kadang-kadang agak lewat untuk menukar minyak hitam. Pernah sekali, saya terlewat menghantar untuk servis tukar minyak hitam dan saya dapati minyak hitam kurang dari paras level low iaitu paras yang paling rendah.

Tahu tak apa yang berlaku keatas injin kereta Viva tersebut? Ianya berbunyi kasar sebagai tanda ianya bila-bila masa sahaja enjin akan boleh jadi jem kerana kekurangan minyak hitam. Tahu apa yang saya lakukan? Saya segera menambah minyak hitam semula dan bunyi enjin menjadi normal semula. Haha.

Satu hari itu, terdapat masalah lain pada kereta yang memerlukan saya perlu menghantar ke bengkel untuk dibaiki segera, iaitu  gear susah mahu masuk. So mekanik di yang melakukan pembaikan keatas kereta saya telah melakukan pemeriksaan sekali minyak hitam kereta saya.

Mekanik dapati minyak hitam berkurangan dan telah melakukan permeriksaan terhadap cylinder head cover atau valve cover pada enjin. Mekanik dapati gasket telah rosak dan kembang. So, mekanik telah mengatakan itulah penyebab minyak hitam berkurangan dan gasket itu harus ditukar dengan segera.

Baca Juga: Pengalaman Tukar Timing Belt kereta Viva

Saya segera ke kedai alat ganti berhampiran dan lakukan pembelian gasket cover dengan harga RM25 sahaja. Pomen telah memasang gasket cover yang baru, masalah minyak hitam berkurangan telah selesai. Jika anda ragu-ragu minyak hitam berkurangan disebabkan oleh gasket, lihat lah pada bahagian permukaan enjin anda, jika terdapat minyak hitam leaking, memang sah gasket valve kereta anda lah penyebab masalah nya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan