Penipuan Melalui Group Whatsapp
Baru-baru ni semasa admin membuka whatsapp, admin perasaan telah dimasukkan ke dalam satu group whatsapp yang tidak dikenali, individu di group di dalamnya pun admin tak kenal, bila admin amati group tersebut ia adalah tawaran mengenai riview tentang video di Youtube dan TikTok.
Jika korang
riview atau hanya melihat video di dalam YouTube dan TikTok korang akan dapat
bayaran katanya pengelola whatsapp group tersebut. Admin lihat di dalam group
itu terlalu ramai ahlinya. Admin cuba melihat apa yang dibincangkan di dalam
group tersebut dan ada ahli bertanyakan adakah group itu adalah benar.
Admin group
mengatakan group tersebut adalah benar, dan memberitau ahli-ahli di dalam group
tersebut, sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, harus bertanyakan kepada admin
group secara peribadi.
![]() |
| Image by 6519582 from Pixabay |
Admin
lihat, tawaran kepada ahli adalah sebanyak RM 10 buat permulaan dan bayaran
akan bertambah-tambah mengikut job yang ahli perlu lakukan. Admin perasaan,
terdapat ahli di dalam group telah bertanya kepada admin whatsapp tersebut dan
telah menghantar mesej secara peribadi kepada admin whatsapp.
Admin
whatsapp telah menjawab ‘done’ dan ahli akan dibayar setelah mengikuti
penerangan yang dibuat. Korang tahu dan harus alert ini adalah taktik penipuan
baru yang akan menipu ahli secara perlahan-lahan.
Group
tersebut mengatakan sesiapa yang di invited di dalam group whatsapp kerana
terpilih dan pernah mendaftar dari web-web membeli belah kalau admin tak silap
apa yang dikatakan oleh pengelola group tersebut.
Admin ini
seorang yang sangat alert mengenai hal-hal seperti ini, dan tidak mudah percaya
mengenai apa pun taktik group yang cuba buat penipuan. Pengelola group tersebut
juga ada mengatakan, mereka adalah daripada sebuah syarikat yang betul dan
menawarkan ahli untuk job secara percuma dan memperolehi tawaran wang yang
lumayan.
Bagi mereka
yang di invited ke group ini, dan percaya akan tawaran yang ditawarkan,
bersedia lah korang akan ditipu secara habis-habisan. So be alert ya mengenai
group-group yang berunsurkan seperti itu.
Tahu apa
yang admin buat terhadap grou itu? Admin hanya berfikir seperti ini, mana
mungkin kita yang tidak memohon apa-apa job tiba-tiba ditawarkan job yang
lumayan dari individu yang tidak dikenali kan. So, admin telah faham taktik
mereka adalah rangkaian penipuan secara maya yang mencari ahli untuk ditipu.
Apa yang
admin lakukan, admin telah taip seperti ini ‘this is are real scammer’ ke dalam
group tersebut, tetapi belum sempat admin send perkataan tersebut ke dalam
group admin telah di remove. Hahaha
So apa yang
admin faham, ahli-ahli di dalam group tersebut adalah rangkaian scamer juga dan
hanya sebilangan adalah ahli yang telah dimasukkan sebagai ahli biasa yang
bakal ditipu bulat-bulat. Kepada korang di luar sana, disarankan korang sangat
berhati-hati terhadap dunia internet tanpa sempadan masa ini kerana di luar
sana juga sedang mengintai anda dan mengintai wang anda. To be alert sekali lag
ya.
Coretan dan
pengalaman ini hanya sebilangan kecil dari taktik scammer zaman now, terdapat
beribu lagi taktik diluar sana yang cuba menipu anda.
Apabila admin di remove dari group tersebut, admin hanya ketawa sendirian dan buang semula group whatsapp tersebut dan repot kepada Whatsapp. Macam-macam hal waktu ni kan, diharap bagi korang yang mengalami situasi serupa, jangan percaya dengan tawaran seperti ini.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.