Perlu Atau Tidak Buat Pinjaman Peribadi?
Perlukah kita buat pinjaman peribadi? Ramai dari kita yang memerlukan pinjaman peribadi atas alasan-alasan tertentu. Terdapat dari kita buat pinjaman peribadi kerana mahu kawin, buat bisnes, beli kereta, buat rumah, buat pagar, dan pelbagai lagi keperluan.
Orang kata, jika tidak buat pinjaman, tiadalah harta. Ada
benar juga kata-kata tersebut kan? Terdapat kawan-kawan di luar sana kerana
pinjaman lah menyebabkan bisnesnya telah berkembang maju, terdapat juga
kawan-kawan yang lain, kerana pinjaman lah ia hidup merana. So, perlu atau tidak
kita buat pinjaman peribadi?
Kelebihan dan keburukan buat pinjaman peribadi
Saya tidak mengatakan, kamu jangan buat pinjaman peribadi
dan saya juga tidak mengatakan buat pinjaman peribadi. Sebenarnya membuat
pinjaman peribadi ini memiliki pro dan kontra nya yang tersendiri.
![]() |
| Personal loan by Nick Youngson CC BY-SA 3.0 Pix4free |
Misalnya anda tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai
anak untuk membayar yuran ke pengajian
tinggi, rumah rosak disebabkan ribut dan anda tidak mempunyai sumber kewangan
untuk memperbaikinya.
Selain itu, anda membuat pinjaman disebabkan anda melihat
terdapat satu peluang bisnes yang sangat besar
untuk maju dan boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda setelah anda
benar-benar telah mengkajinya secara teliti. Ini masih diketegorikan sebagai
keperluan untuk masa depan.
Anak sakit dan memerlukn kos rawatan yang amat tinggi dan
anda tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menanggung kos
rawatan, anda terpaksa buat pinjaman peribadi. Hal ini juga dalam kategori
keperluan. So disini anda telah faham apa itu maksudnya keperluankan?
Bagi kategori kehendak pula, seseorang itu buat pinjaman
kerana tidak mengkaji terlebih dahulu kenapa dia buat pinjaman kewangan secara
peribadi. Kategori ini adalah sangat bahaya kerana ia telah masuk di dalam
perangkap bank.
Maksudnya disini, ia buat pinjaman kewangan disebabkan bukan
untuk keperluan yang mendesak, seperti melancong, berpoya-poya di kelab malam,
membeli gajet-gajet yang mahal, menukar rim kereta, modifikasi kereta, membeli
pakaian yang mahal-mahal, membeli minyak wangi berharga riban-riban dan semua yang
dibuatnya terhadap wang pinjaman hanya kerana nafsu semata-mata.
Hal ini akan menyebabkan anda berada di dalam lingkaran
keberhutangan yang serius dan secara perlahan-lahan mengikat diri anda kearah
kemiskinan disebabkan anda akan sentiasa berhutang dengan pihak bank seumur
hidup anda.
So, fikir-fikirkan lah, mengenai prinsip ini, jangan anda
termasuk di dalam buat pinjaman kerena kehendak, jika anda membaca artikel ini
dan anda berada di pihak ‘kehendak’, berusaha untuk berhenti dari berhutang
dengan bank dan usahakan dari jangan berhutang lagi selagi tiada keperluan yang
benar-benar mendesak untuk buat pinjaman.
Wang anda, wang saya tetapi ilmu pengurusan kewangan amat sukar
dicari ganti. Cari lah ilmu pengurusan kewangan yang benar dan cubalah lah untuk mengerti dan faham, jika
sudah ilmu itu anda kuasainya, buat lah petimbangan yang sewajarnya di dalam
hal mengendalikan pengurusan kewangan anda.
Semoga ilmu pendek ini bermanfaat kepada anda semua dan jika
anda mempunyai sebarang idea yang lebih baik untuk dikongsikan disini,
kongsikanlah untuk kebaikan kita bersama.
Pengurusan kewangan yang baik akan menjamin kehidupan yang lebih baik, tetapi pengurusan kewangan yang buruk akan menyebabkan kehidupan anda akan merana.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.