Perodua Axia E harga RM22000

Hari ini semasa melayari internet, admin terlihat satu postingan dari Harian Metro berkenaan sebuah kenderaan daripada Perodua iaitu model kereta Axia E dengan harga RM22000 sahaja tidak termasuk insuran.

Ia adalah tawaran yang amat menarik sekali bagi masyarakat di negara ini kerana harga yang ditawarkan adalah mampu milik dan sesuai bagi mereka yang berpendapatan sederhana.

Bagi anda yang masih belum memiliki kereta, tawaran ini mungkin perlu dipertimbangkan untuk membelinya kerana ianya masih diketegorikan sebagai amat murah.

Axia E
Credit: Perodua.com

Merujuk kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, model Axia E yang dilancarkan ini mengikut varian model Axia yang telah dilancarkan pada tahun 2017 dengan NCAP test sebanyak 4 bintang.

Produa Axia E ini adalah dibawakan dengan tranmisi manual, memiliki 2 air bag, sistem peringatan tali pinggang keledar dan  dan jaminan sehingga tempoh 5 tahun.

Bagi warna yang tersedia pula, hanya tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna Granite Grey.

Bagiamana dengan harga bayaran bulanan pula? Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Perodua, pihak mereka telah melakukan perbincangan dengan institusi kewangan dan pihak Perodua mendapati hanya RM 300 sahaja diperlukan untuk bayaran bulanan.

Hal ini sudah tentunya sangat berbaloi kerana bayaranan bulanan tersebut menyamai kos bagi seseorang untuk melakukan bayaran bulanan bagi bayaran bulanan motosikal yang baru.

Jadi apa tunggu lagi, haha, dapatkan booking sekarang. Menurut pihak Perodua tempahan boleh dibuat bermula hari ini iaitu tarikh 15/06/2023. Anda boleh membuat tempahan dengan Fi RM100 di kesemua ruang pameran Perodua di seluruh negara dengan stok yang tersedia sebanyak 3,000 unit.

Bagi pendapat admin sendiri, harga yang ditawarkan oleh Perodua ini amat menarik perhatian dan kenderaan ini memang sesuai untuk perjalanan yang dekat atau kegunaan kawasan bandar serta kegunaan ke tempat kerja yang dekat.

Selain kos minyak yang jimat, senang sekiranya masuk parking kerana saiz yang kecil dan yang paling penting korang memiliki kereta baru yang tak perlu anda risaukan tentang kos kenderaan meragam kerana ianya kereta baru, diperlukan 5 tahun keatas untuk kenderaan baru mula meragam.

Comments

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email