Petua Elak Sakit Telinga Yang Berkesan

Adakah anda sering mengalami sakit pada lubang telinga anda? Saya juga seringkali mengalami sakit pada bahagian telinga beberapa tahun yang lepas. Petua ini hanyalah berdasarkan pengalaman sahaja. Tetapi dengan petua ini lah saya tidak pernah mengalami sakit pada bahagian telinga lagi.

Sebelum ini, saya seringkali mengalami sakit pada telinga dan saya terpaksa beberapa kali datang ke klinik swasta dan farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat. Amat seksa dan sengsara apabila sakit pada lubang telinga ini ya.

Petua-petua elak sakit telinga yang berkesan

Kerana kerap mengalami sakit pada lupang telinga, satu hari itu, saya berfikir sejenak, kenapa saya sering mengalami gangguan sakit pada telinga sedangkan orang lain tidak? Saya akhirnya menemui 2 punca saya kerap mengalami sakit telinga.Iaitu

1. Gaya hidup

2. Suasana landskap pekerjaan

Gaya hidup

Gaya hidup merujuk kepada perilaku dan perbuatan kita sehari-sehari mengenai, penjagaan kebersihan. Maksudnya disini, dulu setiap kali mandi, saya terlalu kerap mencuci telinga saya dengan sabun dan juga air hinggakan di dalam telinga saya sering dimasuki air menyebabkan risiko dimasuki oleh bakteria, virus dan kulat kerana di dalam telinga lembab dengan air.

Telinga
Image by Nigel Durrant from Pixabay
Sekarang, setiap kali mandi, saya jarang mencuci telinga saya dengan air sabun, bukan lah saya tidak mencucinya langsung tetapi di dalam seminggu hanya 2-3 kali sahaja saya membersihkan telinga saya denga air sabun. Saya hanya membersihkan telinga saya dengan air bersih.

Selain dari itu, saya juga sering menggunakan tangan untuk menyentuh telinga jika telinga merasa gatal. Ini lah sebab utama penyakit sering kali datang pada telinga saya. Dulu, semasa saya selesai mandi, saya juga seringkali menggunakan cutton bud untuk membersihkan telinga. Satu cutton bud saya gunakan untuk sebelah telinga dan satu cutton bud lagi untuk telinga yang satu lagi.

Saya perasaan, cara ini menyebabkan dinding pada permukaan telinga sebenarnya akan terhakis dan menyebabkan ia akan menjadi luka, hal ini juga amat berisiko untuk telinga akan dijangkiti oleh penyakit.

Maksud saya, bukanlah menyuruh anda untuk jangan menggunakan cutton bud untuk membersihaan telinga tetapi hadkan penggunaanya. Kini setiap kali mandi, saya akan menggunakan hanya satu cutton bud sahaja.

Mengorek telinga dengan alat-alat yang tidak sepatutnya seperti kunci kereta juga penyebab kepada telingga anda seringkali dijangikti penyakit kerana permukaan kunci kereta bukannya bersih dan tidak sesuai untu mengorek telinga.

Suasana landskap pekerjaan

Perhatikan juga dimana anda bekerja kerana jika suasana kerja anda agak extrim dan sering terdedah kepada kotoran di sekeliling, anda sangat berisiko untuk dijangkiti telinga.

Seperti itu lah saya alami sebelum ini, di dalam suasana tempat kerja yang kotor dan secara tidak sengaja terpegang dengan permukaan telinga menyebabkan risiko dijangkiti penyakit telinga. So, jika anda juga berada di dalam situasi pekerjaan yang seperti saya alami, kerapkan menjaga kebersihan dan sentiasa mencuci tangan anda dengan air bersih dan jangan sesekali menyentuh telinga anda.

So, bagaimana gaya hidup dan suasana pekerjaan anda? Semanjak saya menyedari situasi-situasi ini lah penyebab saya sering kali mengalami sakit telinga, saya telah mengubah keseluruhan gaya hidup dan rutin mengenai penjagaan kebersihan telinga. Syukurlah sehingga sekarang, saya tidak lagi mengalami gangguan sakit pada telinga disebabkan oleh virus, kulat dan juga bakteria.

Baca Juga: Petua Sakit Urat Dan Otot

Semoga artikel petua ini membantu anda, jika anda mempunyai pertanyaan, tinggalkan komen anda di bawah. Saya bukanlah doctor tetapi dengan hanya petua yang benar, penyakit ini sebenarnya kitaboleh hindarinya.

Comments

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email