Petua Kaki Berbau Busuk Akibat Pakai Kasut
Aduh kaki berbau disebabkan kerap memakai kasut? Kaki kerap berpeluh? Saya pernah alami masalah ini beberapa tahun yang lalu. Ya, kerana sering memakai stokin dan kasut di dalam tempoh yang lama, menyebabkan setiap kali membuka stokin, wah ianya bau yang sangat mengharumkan.
Sebenarnya
punca kaki berbau disebabkan pelbagai sebab, bukan sahaja disebabkan kaki
berpeluh tetapi disebabkan jangkitan kulat pada celah jari kaki yang dialami
oleh kebanyakan orang. Jika disebabkan oleh jangkitan kulat, anda perlu mencari
ubat yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah ini.
Tip mengatasi masalah kaki berbau kerana kerap memakai kasut
Pertama
sekali kita mesti mengetahui apa yang menyebabkan kaki anda berbau. Selalunya
punca yang kerap dialami oleh semua orang kerana kaki berpeluh dan ditambahi
lagi kita memakai kasut yang terlalu lama. Ini menyebabkan akan terjadinya
perkembangan bakteria akibat tindak balas dari kaki yang berpeluh dan suasana
yang lembab di dalam kasut.
![]() |
| Image by Madeline from Pixabay |
Jika
disebabkan oleh jangkitan kulat pada celah kuku atau celah jari kaki, perlunya
anda mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan yang benar dengan berjumpa
dengan doctor terlebih dahulu untuk mengetahui kaedah rawatan sepatutnya.
Saya juga
pernah menghadapi jangkitan pada celah jari kaki dan masalah ini telah saya
alami selama bertahun-tahun. Pelbagai jenis ubat anti kulat dari farmasi telah
saya gunakan tetapi tidak berkesan.
Satu hari
saya telah diperkenalkan oleh seorang doctor untuk menggunakan ubat dari jenama
Betamethasone untuk merawat ruam kulit yang saya alami. Pengetahuan anda, ubat
ini digunakan untuk merawat jangkitan bakteria dan ruam pada kulit. Setelah
saya mencuba pada jangkitan kulat yang saya alami di celah jari kaki, ia
menunjukkan kesan yang positif.
Baca Juga: Petua Sakit Urat Dan Otot
Bermulah dari sana lah saya menggunakan ubat ini untuk merawat kaki saya. Jangkitan kulat pada kaki saya semakin sembuh da saya tidak risau lagi dengan masalah kaki berbau. Walau cara ini saya tidak berani menjamin ianya berkesan untuk masalah kaki anda tetapi anda boleh mencubanya jika anda telah mencubah pelbagai cara dan kaedah untuk merawat kaki anda tetapi masih lagi tidak selesai.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.