Petua Sakit Urat Dan Otot, Apa Yang Harus Dilakukan?

Beberapa bulan yang lepas, admin telah mengalami sakit di kedua-dua betis dan kedua-dua lengan. Ia sakit yang benar-benar menusuk ke dalam. Korang pernah tak alami situasi seperti ini? Atau korang sampai sekarang masih lagi sakit-sakit pada bahagian urat, otot, sendi-sendi korang?

Ini adalah pengalaman admin yang ingin kongsikan kepada korang mana lah tahu ia mampu membantu korang yang mengalami hal yang serupa dengan admin pernah alami. Adeh sakit yang amat sekali ya.

Petua sakit urat, apa yang harus dilakukan?

Korang tahu apa yang admin rasakan? Sebelum ini semuanya berpunca mungkin disebabkan admin telah melakukan senaman di rumah secara sendirian. Sebenarnya admin telah lama tidak bersenam tetapi kerana adanya tekad hendak mau turunkan berat badan, admin pun mula lah bersenam kan.

Apa cara senaman admin lakukan? Setelah membuat regangan otot, admin akan berlari setempat tanpa henti selama 30 minit setiap hari.

Sakit urat dan otot
Foto oleh Spider Tech form PxHere
Setelah beberapa hari admin lakukan senaman ini, satu hari tu admin terasa amat sakit pada kedua-dua betis dan kedua-dua lengan admin. Sakit yang sukar dibayangkan hinggakan admin hampir tak boleh berjalan.

Pada waktu malam pula, badan admin terasa amat sejuk sekali hingga menusuk ke dalam tulang rasanya. Haha memang sakit ya hingga admin terpaksa berselimut hingga 2-3 helai selimut dan matikan kipas rumah.

Kerana sakit yang amat sangat, admin terpaksa mendapatkan ubat tahan sakit iaitu Panadol Extend. Setelah admin memakan ubat ini, sakit urat atau otot yang admin rasakan akan berkurangan di dalam masa beberapa jam.

Setelah kesan ubat mula hilang, sakit urat dan sendi akan datang semula. Dari situ lah admin terpaksa ke pasar raya untuk mendapatkan minyak urut dan herba sakit urat. Ada satu jenama herba sakit urat itu admin amalkan memakan nya tetapi ia tidak memberi kesan terhadap kesakitan yang admin alami.

Begitu juga dengan minyak urut yang admin beli di pasaraya, terdapat 2-3 jenis minyak urut tetapi sama juga tak memberi kesan apa-apa terhadap kesakitan yang admin alami. Mungkin admin salah mengamalkannya sebab admin ni bukannya tahu sangat hal-hal mengurut ni cuma belajar melalui YouTube jer haha.

Jika tak silap admin, nak hampir sebulan juga rasakan kesakitan yang tak tertanggung. Admin berjalan pun seperti orang kurang upaya. Kawan-kawan di tempat kerja admin telah bertanya kepada admin mengenai sakit yang dialami.

Sesetengah dari rakan admin mengatakan mungkin penyakit gout telah datang menyerang, tetapi hanya admin yang merasakan bagaimana kesakitan yang admin alami dan admin tidak percaya admin mengalami penyakit gout.

So satu hari itu, admin telah berjalan ke bandar atas urusan tertentu secara kebetulan admin terlihat sebuah kedai farmasi yang berhampiran. Jadi admin telah tergerak hati ke farmasi tersebut. “Bos you ada jual ubat sakit urat tak?” Kata admin kepada penjaga farmasi tersebut.

“ Ada, RM 9 satu papan” kata penjaga farmasi tersebut. Admin lihat ubat sakit urat itu merupakan multi vitamin biasa tetapi menurut penjaga tersebut ubat itu merupakan vitamin dikhaskan untuk penyakit sakit urat dan sendi.

“Oh ini ubat multivitamin ni” kata admin kepada penjaga farmasi tersebut. “Ada lagi tak ubat multivitamin yang lebih baik dari ini” kata admin sekali lagi kepada penjaga farmasi. “Ada-ada you ambil multivitamin ini, sebab kandungan vitaminnya lebih banyak mah” kata penjaga farmasi tersebut.

So, admin beli lah multivitamin tersebut dengan harga beberapa puluh ringgit sahaja sebayak 30 tablet di dalamnya. Oh ya jenama multivitamin yang disyorkan kepada admin adalah dari jenama Centrum. Ia mengandungi sebanyak 26 jenis vitamin yang terkandung di dalamnya.

Admin pun amalkan memakan ubat tersebut seperti yang disyorkan sebanyak sebiji tablet sehari dimakan selepas makan. Tahu apa yang admin rasakan selepas mengamalkan multivitamin tersebut?

Sakit yang admin rasakan telah mulai hilang dan telah hilang sepenuhnya selepas beberapa hari mengambil multivitamin tersebut. Wah admin pun terkejut dengan perubahan yang admin alami. Selain dari itu admin ada juga meregangkan otot admin secara perlahan-lahan setiap hari, dan adalah satu perkembangan yang sangat positif.

Begitulah pengalaman yang admin pernah alami ya, tetapi walau ini hanyalah pengalaman peribadi admin mengalami penyakit sakit urat dan otot dan jika tuan-tuan yang berada di luar sana, boleh dicuba cara ini tetapi ia tidak bererti ia menjamin kesakitan yang tuan-tuan alami akan sembuh kerana mungkin sakit yang kita alami tidak sama.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan