Punca Tingkap Kereta Tak Boleh Naik Atau Turun
Kadang-kadang letih juga ya, apabila tingkap kereta tak boleh naik atau tak boleh turun, rasa cuak pun ada. Tapi itulah masalah kereta apabila sudah sampai tempohnya untuk rosak. Ia sebagai tanda anda harus memperbaikinya dengan segera mengenai masalah tingkap kereta anda.
Saya
sebeblum ini telah beberapa kali terkena, masalah tingkap tidak berfungsi ini.
Kadang-kadang jika boleh diselesaikan, masa itu juga masalah selesai jika kita
tahu punca yang telah berlaku. Masalah tingkap kereta yang paling cuak berlaku
semasa balik dari kerja pada waktu malam. Tingkap di dalam keadaan terbuka, masa
itu la ia tak beoleh dinaikkan.
Ini punca tingkap kereta tak boleh naik atau turun
Perkara
pertama jika tingkap kereta anda mengalami masalah adalah jangan sesekali panik
la ya. Jika anda merasa panik, masalah belum tentu akan selesai, so bertenang. Masalah
tingkap kereta boleh berlaku pada kedua-dua tingkap belakang pemandu, pemandu
hadapan dan juga tingkap sebelah kiri penumpang hadapan.
![]() |
| Image by Lee Rosario from Pixabay |
Kemungkinan
yang pertama adalah, masalah pada suis utama power window kereta anda dan
kemungkinan kedua masalah pada power window motor. Jika main suis power window
bermasalah terdapat kemungkinan, main suisnya telah mengalami masalah ‘short’
hingga tidak lagi berfungsi.
Terdapat
kes, suis main power window tidak bersentuhan sepenuhnya dengan soket wayar yang
menghubungkan ke power window motor. Jika masalah ini berlaku selalunya, ia
kadang-kadang tingkap kereta boleh diturunkan dan kadang-kadang tidak boleh.
Apa yang perlu anda lakukan, ketuk pada bahagian utama main suis power window
kereta anda. Selalunya ia akan berfungsi semula.
Jika anda
telah ketuk main suis power window dan tingkap kereta masih lagi tidak
berfungsi, terdapat dua kemungkinan iaitu masalah pada suis main power window atau
masalah pada power window motor.
Jika suis
main power window bermasalah, agak mudah untuk kita menukarnya sendiri dengan
mendapatkan alat ganti di kedai alat ganti, tetapi jika masalah tingkap kereta
anda berpunca dari power windor motor, ia harus dihantar ke kedai asesori atau
bengkel kereta kerana ianya agak rumit untuk dipasang secara bersendirian.
Baca juga: Pengalaman Timing Belt Putus 50,000 KM
Harga suis
main power window kereta agak murah berbanding dengan harga power window motor.
So, bersedia untuk anda mengeluarkan sediki wang modal sebagai kos untuk
membaiki masalah tingkap pada kereta anda. Hantar lah segera ke bengkel
berhampiran untuk memperbaiki masalah tingkap kereta anda jika anda tidak mampu
untuk membaikinya sendiri.
Baca Juga: Pengalaman Tukar Timing Belt Perodua Viva

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.