Sireh Cina Herba Penawar Darah Tinggi Paling Ampuh

Sireh cina merupakan tumbuhan liar yang sering ditemui di sekitar tempat tinggal kita, di tepi rumah, semak, hutan dan dan lawasan lapang. Sireh cina dikenali oleh kebanyakan orang sebagai sumber sayuran, ulam-ulaman yang boleh dimakan.

Sireh cina juga dikenali sebagai herba kepada pernawar pelbagai penyakit termasuklah penawar kepada penyakit darah tinggi. Jika Sireh cina ini dimasak dan dicampur ke dalam sup ayam ia akan mengasilkan aroma yang begitu unik sekali.

Sireh cina herba penawar darah tinggi paling ampuh

Artikel ini berkisar kepada pengalaman saya beberapa tahun yang lalu mengenai sireh cina ini. Pada masa itu saya berada di tepi jalan raya dan di ke kejauhan, saya telah melihat sepasang suami isteri sedang memetik sesuatu di kawasan lapang berhampiran dengan jalan raya pada ketika itu.

Sireh Cina
Credit Photo: Kaki Share
Saya secara perlahan-lahan menghampiri kedua pasangan suami isteri tersebut dan bertanya apa yang dipetik mereka. Si suami itu mengatakan kepada saya, mereka sedang memetik sireh cina untuk merawat penyakit yang dialaminya.

Saya mengatakan kepada suami perempuan tersebut, adakah benar ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi? Ia penuh dengan keyakinan mengatakan dengan saya, benar sireh cina adalah penawar penyakit darah tinggi yang begitu baik sekali.

Beliau juga mengatakan, sebelum ini bacaan tekanan darahnya telah melebihi bacaan 200 dan mempunyai temujanji rawatan di hospital. Pada temujanji seterusnya, bacaan tekanan darahnya telah turun secara mendadak hingga ke paras normal.

Beliau ada juga mengatakan kepada saya, cara untuk mengamalkan sireh cina ini adalah dengan mengambil hanya 3-7 batang sireh cina berserta daunya. Diramas hingga keluar lendir pada batang daun sireh dan diletakkan pada gelas anggaran 250ml.

Langkah seterusnya, masukkan air panas ke dalam gelas dan tunggu sehingga air menjadi suam dan sedia untuk diminum. Amalan ini hanya perlu dilakukan 3 kali seminggu sahaja. Setelah itu cubalah anda lihat semula tekanan darah anda. Ia pasti mempunyai perubahan yang menakjubkan.

Beberapa bulan kemudian, saya telah balik ke kampung dan secara kebetulan telah bercerita dengan jiran yang menghidap darah tinggi. Saya telah menunjukkan gambar sireh cina kepada beliau dan adakah ia mengenalinya.

Ya, jiran saya itu mengenali tumbuhan tersebut dan banyak tumbuh di sekitar kampung tetapi beliau tidak mengetahui manfaat sireh cina tersebut. So, saya pun bercerita kepada beliau mengenai pengalaman bertemu dengan pasangan suami isteri yang memetik sireh cina untuk merawat penyakit darah tinggi yang dialaminya.

Dengan penuh kegembiraan, jiran saya mengatakan akan mencuba untuk mengamalkan meminum air sireh cina setelah saya menerangkan cara penggunaanya. Beberapa bulan kemudian, saya balik semula ke kampung dan telah berjumpa dengan jiran saya. Wah, sangat menakjubkan, beliau mengatakan, penyakit darah tinggi yang dialaminya telah turun ke paras yang normal.

Begitulah pengalaman saya mengenai kehebatan herba sireh cina yang masi ramai lagi orang yang tidak mengetahui manfaat sireh cina ini. Jika anda sekarang mengalami penyakit darah tinggi, cubalah cara ini, mudah-mudahan penyakit anda juga akan bertambah baik apabila mengamalkan air sireh cina ini.

Baca Juga: Pengalaman Hilangkan Pening Kepala Dengan Kunyit

Sireh cina ini mempunyai dahan yang lembut,begitu juga dengan daunya, amat mudah tumbuh apabila anda menanamnya. Jika anda menemui sireh cina di sekitar tempat tinggal anda, jangan lupa untuk menanam di pasu anda kerana tidak rugi untuk memeliharanya sebagai persediaan untuk merawat penyakit darah tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan