Tanda-Tanda Bateri Kereta Mula Kong
Apakah tanda-tanda bateri kong? Saya akan menerangkan secara ringkas kepada anda apakah tanda-tanda yang jelas bateri kereta anda akan mulai rosak. Ia sesuatu hal yang agak tidak baik apabila mengalami situasi bateri kereta kong lebih-lebih lagi kita mempunyai hal yang penting.
Sebenarnya
jika mula mengetahui secara awal petanda bateri kit amula rosak, kita
sebenarnya tidak perlu risau mengenai kerosakan kereta and ajika mengamalkan
beberapa tip yang saya berikan kepada anda sebagai panduan.
Petanda bateri kereta mula kong dan cara mengatasi
Terdapat
beberapa pentanda yang boleh kita kesan awal sebelum bateri kereta kita mula kong
sebenarnya. Tanda yang pertama adalah, semasa kita menghidupkan enjin kereta kita,
ianya susah untuk dihidupkan atau kereta enjin masih segera hidup semasa kita
start enjin kereta tetapi ianya enjin hidup kedengaran agak lemah.
![]() |
| Credit Photo: Peakpx |
Petanda
awal yang kedua, cuba anda nyalakan lampu hadapan pada waktu malam hari, lampu
akan menyala agak malap berbanding dari kebiasannya. Hal ini disebabkan
kekuatan bateri kereta anda semakin berkurangan lebih-lebi lagi bateri kereta
anda adalah dari bateri kereta kering atau free maintainence.
Jika bateri
air pula, mungkin ianya tanda air bateri telah berkurangan. Anda hanya perlu
menambah sahaja air bateri untuk menjadikan bateri kereta menjadi stabil
semula. Bateri air ini agak tahan berbanding dengan bateri kering tetapi anda
harus menambah air dan juga harus melakukan pemeriksaan rutin tahap air pada
bateri.
Tanda
bateri kong akan berlaku apabila, kereta tidak langsung oleh dihidupkan atau apabila
anda cuba menghidupkan kereta, kereta akan cuba hidup tetapi tidak berjaya hidup.
Jika bateri kereta benar-benar kong, di dashboard pada meter hadapan kereta
anda akan keluar lambang bateri. Ia sebagai petanda bateri kereta anda telah
kehabisan kuasa dan perlu ditukar dengan bateri kereta yang baru.
Antara
tanda yang lain pula, alam kereta anda akan berbunyi dan kereta tidak dapat
dihidupkan. So, bersedia lah untuk menukar bateri kereta yang baru bagi
membolehkan kereta anda boleh dihidupkan dengan secara normal kembali.
Jadi
bagaimana untuk mengesan awal bateri kereta anda mula kong? Mudah sahaja,
begini, semasa and amula-mula menukar bateri kereta anda, tulis lah Tarikh penukaran
bateri kereta pada bateri kereta anda. Seeloknya gunalah blanco pen ataupun
liquid paper untuk menulis Tarikh pada bateri kereta agar tahan dan tidak mudah
tertanggal.
Ia sebagai
pengetahuan bila tarikh anda melakukan penukaran bateri. Sebagai pengetahuan
anda, ketahanan bateri kereta tidak semuanya sama berbanding kualiti sesebuah
bateri kereta tersebut. Terdapat bateri boleh kong kurang dari setahun dan
terdapat bateri kereta boleh mencapai ketahanan sehingga 4-5 tahun. Jangka
hayat bateri biasa boleh mencapai 1 tahun lebih hingga 3 tahun.
Sebagai
persediaan awal, anda disaran untuk membeli satu alat yang dinamakan penguji
bateri atau bateri tester. Alat ini boleh diperolehi di Shopee dengan harga
yang masih mampu milik. Bateri tester ini sangat berguna untuk anda mengetahui
tahap kuasa pada bateri kereta anda.
Baca Juga: Pengalaman Cek Enjin Menyala Dan Cara Mengatasi
Saya apabila bateri kereta mencapai satu tahun lebih atau menghampiri 2 tahun, saya akan bersedia untuk membeli bateri kereta free maintainence yang baru sebagai persediaan awal sekiranya bateri kereta tiba-tiba kong.
Cara yang saya buat ini telah membantu saya apabila bateri kereta kong di tepi jalan. So, lakukan seperti cara yang saya buat agar hari anda tidak terganggu hanya semata-mata bateri kereta anda telah kong.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.