Cara Masak Telur Goreng Masak Kicap

Anda terasa lapar tapi anda terlalu penat setelah seharian bekerja atau kesuntukkan masa untuk menyediakan hidangan makan tengahari atau malam? Mari cuba resipi telur goreng masak kicap yang simple dan sedap ini.

Telur merupakan makanan kegemaran ramai orang, tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak kerana telur sangat mudah untuk dimasak dan sedap untuk dimakan serta berkhasiat. Pelbagai resipi dikongsikan di media sosial sama ada resipi tersendiri atau resipi turun temurun dari sesebuah keluarga mengikut citarasa masing-masing untuk menyediakan hidangan telur ini. Namun, kali ini saya akan kongsikan 3 cara untuk memasak telur goreng masak kicap yang mudah dan sedap.

CARA 1

  • Cara pertama adalah cara yang paling simple, jimat dan cepat disediakan. Cara ini sesuai bagi mereka yang sangat lapar dan mahu kejar masa.
  • Bahan-bahannya pun sangat simple iaitu hanya sebiji telur (kalau nak lebih telur pun boleh), kicap manis dan sedikit minyak masak sahaja.
  • Cara memasaknya adalah mula-mula cuci bersih telur dengan menggunakan air yang bersih.
  • Selepas itu, panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, pecahkan telur ke dalam kuali (boleh juga pecahkan sedia dulu telur ke dalam mangkuk kecil, kemudian baru masukkan telur ke dalam kuali) dan goreng sehingga telur masak.
  • Akhir sekali, apabila telur sudah masak bolehlah diangkat dan dimakan bersama nasi panas-panas yang diletakkan kicap manis.

 CARA 2

  • Cara kedua lebih kurang seperti cara pertama cuma ada sedikit penambahan pada bahan-bahannya
  • Bahan-bahannya adalah sebiji telur (kalau nak lebih telur pun boleh), 2 biji bawang merah, 2 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan kuantiti mengikut citarasa masing-masing), kicap manis dan sedikit minyak masak.
  • Cara memasaknya adalah mula-mula cuci bersih telur dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu, panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, pecahkan telur ke dalam kuali (boleh juga pecahkan sedia dulu telur ke dalam mangkuk kecil, kemudian baru masukkan telur ke dalam kuali) dan goreng sehingga telur masak.
  • Selepas itu, masukkan hirisan bawang merah, cili padi yang telah dipotong kecil-kecil dan kicap manis ke dalam kuali bersama telur goreng tadi. Tutup kuali dengan penutup kuali dan biarkan ia masak sekejap sehingga bawang sudah layu atau semuanya sudah sebati.
  • Akhir sekali, matikan api apabila telur sudah masak dengan sempurna atau semua bahan-bahan sudah sebati. Kemudian, bolehlah dipindahkan ke dalam pinggan dan dimakan bersama nasi panas-panas.

 CARA 3

Sekiranya anda mempunyai masa dan inginkan kelainan, anda boleh cuba resipi yang ketiga.

Bahan – bahan

  • Telur (Jumlah telur ikut keperluan masing-masing)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji bawang holand (dipotong / dibelah 4 bahagian)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 2 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan kuantiti cili padi mengikut citarasa masing-masing)
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cawan air (boleh tambah atau kurangkan kuantiti air mengikut citarasa masing-masing)

 CARA MEMASAK

  • Mula-mula cuci bersih telur dengan menggunakan air yang bersih. 
  • Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, pecahkan sebiji telur ke dalam kuali (boleh juga pecahkan sedia dulu telur ke dalam mangkuk kecil, kemudian baru masukkan telur ke dalam kuali) dan goreng sehingga telur masak. Selepas itu, angkat dan ketepikan. Ulang masak telur seterusnya (jika jumlah telur lebih dari 1 biji). 
  • Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia dengan menggunakan minyak yang sama. Masak sehingga layu atau naik bau.
  • Masukkan air, kicap, sos tiram, sos cili dan biarkan mendidih. 
  • Apabila sudah mendidih, masukkan bawang holand dan cili padi (dipotong kecil-kecil).
  • Akhir sekali, masukkan telur yang digoreng tadi ke dalam kuali dan masak sekejap dalam 1 atau 2 minit sahaja. Apabila semuanya sudah sebati. Matikan api dan telur masak kicap siap untuk dimakan bersama nasi panas-panas.
Memasak
Photo by Kampus Production

                    Cara Buat Resepi Jeruk Mangga
                    Cara Masak Ayam Dengan Rempah Sup Adabi

Post By: Emiliana

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan