Ubat Kumur Anti Bakteria Virus Dan Kulat
Virus Covid-19 telah merebak ke seluruh dunia hinggakan dunia menjadi huru-hara terjadi. Banyak jiwa telah kehilangan nyawa hingga terciptanya vaksin penawar virus ini. Adakah anda pernah dijangkiti virus Covid ini? Ya saya sendiri pernah dijangkiti virus ini.
Syukurlah,
antibodi masih mampu melawan virus ini. Artikel pada kali ini adalah mengenai
sebuah ubat kumur yang mempunyai fungsi anti bakteria, virus dan kulat. Ubat
kumur ini saya sendiri pernah gunakannya semasa deman dan selesema.
Ubat kumur anti bakteria, virus dan kulat jenama Betadine
Ubat kumur
yang saya maksudkan adalah dari jenama Betadine? Pernah atau tidak anda
mendengarnya? Saya sebenarnya tidak mengetahui kewujudan ubat ini di pasaran
tetapi, satu hari, isteri saya pergi ke sebuah klinik kerajaan di Labuan pada
itu, Isteris say ke klinik untuk urusan rawatan gigi.
![]() |
| Credit Photo: Watson Malaysia |
Pada masa
itu, virus Covid masih lagi meninggkat tinggi, so, wife saya pergi lah ke
hospital tersebut dan telah ditahan oleh pekerja KKM di hadapan pintu. Setelah
bertanya tujuan kedatangan, staff KKM telah memberikan satu tutup ubat kumur
sebelum masuk ke dalam klinik tersebut.
Sekembalinya
wife saya dari rawatan, dia telah mengatakan berkenaan ubat kumur yang telah
diberikan oleh staff KKM itu tadi. Ubat kumur tersebut adalah dari jenama
Betadine. Wah, mungkin bagus ubat itu kata saya di dalam hati.
Selang
beberapa hari, saya cuba mencari ubat tersebut di farmasi yang berdekatan dan
ya, farmasi yang saya lawati ada menjual ubat yang dimaksudkan. Stelah saya
meneliti, ubat kumur ini mempunyai fungsi anti bakteria, virus dan juga kulat.
Harga
sebotol dengan isi kandungan 240ml adalah RM 30 bagi harga di Pulau Labuan.
Mungkin di tempat anda harganya lebih murah daripada harga di pulau ini.
Pada
pandangan saya setelah menggunakan ubat kumur ini, ianya sangat bagus dan mampu
meredahkan atau melegakan tekak anda apabila anda menghadapi selesma dan juga
demam.
Jika anda berminat untuk mendapatkan ubat ini, pergilah ke kedai farmasi yang berhampiran dan setelah menggunakannya, ikut arahan yang telah disarankan penggunaanya yang boleh dirujuk melalui botol ubat kumur tersebut.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.