Vita-Lea Multivitamin Dan Multimineral Kanak-kanak

Semasa admin tercari-cari idea untuk menulis artikel, admin terlihat satu produk dari Shaklee iaitu Vita-Lea for Children. So admin terfikir untuk menulis mengenai produk ini untuk dimasukkan ke dalam artikel admin. Vitamin ini adalah multivitamin dan multimineral dikhaskan kepada kanak-kanak.

So, secara kebetulan anak-anak admin juga mengambilnya sebagai rutian vitamin harian, mungkin korang juga tertarik untuk mengambilnya sebagai kegunaan untuk kanak-kanak korang kan. Bagi admin, produk vitamin Shaklee ini amat bagus untuk digunakan kerana ia dikeluarkan oleh syarikat yang berpangkalan di United State.

Multivitamin Dan Multimineral Kanak-kanak Shaklee

Apa yang admin lihat, Vita-Lea ini memang dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun. So jika korang mempunyai kanak-kanak usia berkenaan, korang boleh lah mendapatkan vitamin ini untuk kanak-kanak korang.

Vita-Lea for Children
Credit Photo: shaklee.com.my

Cara makan pula, hanya 2 biji sahaja sehari yang diambil selepas makan. Oh ya, vitamin ini adalah berbentuk chewable maksudnya dihisap secara perlahan-perlahan.

Mengenai harganya pula bagi harga ahli RM 93 dan jika bukan ahli RM 116 sahaja dengan 60 biji tablet. Harga ni agak berbaloi kan?

Bagi kandungan vitamin yang terkandung di dalam tablet pula, ianya mengandungi vitamin A 1250 IU, vitamin C 30mg, vitamin D 200 IU, vitamin E 15IU, thiamine 0.75mg, riboflavin 0.85mg, niacinamide 7.5mg, vitamin B6 1mg, folate 0.2mg, vitamin B2 3mcg, biotin 150mcg, pantothenic acid 5mg, calcium 100mg, iron3mg, iodine 37.5 mcg, magnesium 20mg, zinc 2.5mg, copper 0.25mg.

Jika korang ingin mendapatkan produk ini, korang boleh lah, mendapatkan melalui ejen terdekat di mana korang tinggal, mana lah tahu korang juga berniat untuk berbisnes tentang syarikat Shaklee.

Vitamin ini, jika diamalkan secara konsisten, ia boleh mempengaruhi system imun kanak-kanak anda. Admin bukan ahli Shaklee yer, sahaja tulis artikel ini untuk tatapan pembaca. So, jumpa lagi di artikel seterusnya.

Owh ya bagi yang Muslim produk ini selamat untuk dimakan kerana ianya memiliki cop halal dari United State.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan