3 Kelebihan Membeli Perhiasan Stainless Steel

Adakah anda pernah memakai perhiasan yang diperbuat daripada stainless steel? Mungkin perhiasan tersebut merupakan gelang tangan, rantai tangan, cincin, anting-anting, subang dan juga rantai leher. Sesetengah anda mungkin pernah memakai alat-alat perhiasan seperti ini terutama wanita tetapi adakah ianya benar stainless steel yang asli?

Kebanyakkan alat perhiasan yang dijual di pasaran adalah diperbuat daripada besi dan diselut dengan krum. Ini bermakna, jangka hayat bagi alat perhiasan ini tidak lama dan senang cepat pudar. Jadi betapa pentingnya anda mencari alat perhiasan yang tahan lama untuk pudar walau harga yang murah. Berikut adalah beberapa kelebihan jika anda membeli alat perhiasan yang diperbuat dari stainless steel yang asli.

Tahan karat dan tahan pudar

Stainless steel merupakan sejenis keluli yang amat tahan karat dan tidak hairan stainless stell ini begitu popular sekali di dalam pembuatan keluli dan begitu juga di dalam pembuatan alat-alat perhiasan seperti cincin, subang, gelang tangan, rantai leher dan banyak lagi.

Anda tidak perlu menanggalkan alat perhiasan anda ketika mandi, bersabun, bershampoo atau melakukan kerja-kerja lasak kerana ia tidak akan menjadi pudar.

Kelihatan menawan serupa emas putih

Jika dilihat dari jauh, stainless steel ini lebih kurang sama dengan emas putih walau sinar emas putih lebih cantik berbanding stainless steel tetapi dari segi ketahanan ia lebih kurang sama ketahanannya.

Rantai Leher
Jika dibandingkan dengan silver pula, silver ini akan menjadi pudar apabila anda memakai ketika mandi, sensitive terhadap perpeluhan manusia dan ia akan menjadi hitam. Untuk membersihkanya semula, anda terpaksa menghantar ke kedai untuk menjadikannya berkilat dan bersinar kembali.

Harga yang murah dan berpatutan

Dari segi harga pula, perhiasan yang diperbuat daripada stainless steel terlalu murah dibandingkan dengan emas putih 750. Anda boleh mendapatkan harga perhiasan stainless steel dengan harga yang sangat berbaloi dan banyak dijual di pasaran pada masa ini berbanding dengan silver yang memiliki harga yang lebih tinggi berbanding dengan stainless steel.

Baca: Cara Pilih Minyak Wangi Kereta Terbaik

Satu rantai leher yang diperbuat dari stainless steel yang asli dengan ukuran yang sederhana besar, anda masih boleh memiliki dengan harga kurang dari RM 50 bagi setiap rantai leher tersebut jika dibandingkan dengan emas putih 750 harga dijuar terlalu mahal sekali melebihi emas 916.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan