Tawaran Menarik ASB Financing BSN

ASB Financing BSN. Adakah anda mempunyai simpanan tetap setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda atau anda mempunyai simpanan di ASB? Menyimpan ini perlu bagi persediaan di masa hadapan sekiranya berlaku sesuatu hal yang penting yang memerlukan wang untuk digunakan.

Penulis ingin berkongsi kepada anda satu tawaran yang dikongsikan daripada staff Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu sebuah tawaran simpanan jangka panjang yang digelar sebagai ASB Financing. Jika melihat tawaran tersebut, ianya kelihatan agak menarik kerana ia mampu memberi keuntungan yang lumayan sekiranya menyimpan melalui pakej ASB Financing.

Staf BSN telah berkongsi tiga perbandingan dan kelebihan menyimpan di ASB Financing. Berikut adalah 3 perbandingan yang dikongsikannya.

Menyimpan RM 300 sebulan di akaun biasa selama 10 Tahun

Merujuk kepada perkongsian daripada  staff BSN itu, jika seseorang itu menyimpan sebanyak RM 300 sebulan di dalam akaun simpanan biasa anda dengan formula kira-kira seperti ini. RM 300 x 120 bulan, jumlah yang terkumpul oleh seseorang individu itu adalah sebanyak RM 36,000 dalam masa 10 tahun.

Baca Juga: Kad BSN Hilang, Apa Harus Dilakukan?

Dari sini kita melihat tiada pertambahan bunga ataupun keuntungan yang anda akan perolehi sekiranya anda menyimpan dengan hanya melalui akaun simpanan biasa anda. Sudah tentunya hal ini akan merugikan penyimpan kerana terdapat pakej simpanan yang boleh melipat gandakan wang simpanan sdia ada.

Menyimpan RM 300 sebulan di ASB selam 10 tahun

Perkongsian yang seterusnya dari staf BSN itu adalah, jika seseorang itu menyimpan sebanyak RM 300 di ASB selama 10 tahun. Penyimpan akan memperolehi seimpana  sebanyak RM 36,000 dan dividen yang terkumpul adalah sebanyak RM 10,497. Ia bermakna modal simpanan anda RM 36,000 dan ditambah dengan dividen sebanyak RM 10,497. Jumlah keseluruhan keuntungan yang anda perolehi adalah sebanyak RM46,497 di dalam masa 10 tahun.

ASB Financing BSN

Di dalam perbandingan ini, kita dapat melihat terdapat pertambahan keuntungan yang agak banyak jika kita menyimpan melalui simpanan ASB iaitu keuntungan sebanyak RM 10,497. Bagi anda adakah berbaloi?

Menyimpan RM 300 sebulan melalui ASB Financing

Baik, disini point utama perkongsian menarik yang dikongsi oleh staf BSN kepada pengguna mereka. Jika anda mendapatkan pakej di dalam ASB Financing dengan bayaran sebanyak RM 300 sebulan di dalam masa 10 tahun jumlah wang yang terkumpul adalah sebanyak RM 36,000. Dividen yang terkumpul adalah sebanyak RM 51,375.

Baca Juga: Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS

Surrender Value + Dividen adalah sebanyak RM 10,142 + RM 51,375. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 61, 517. Tawaran dari pihak BSN kelihatan menarik bukan?

Dimana boleh mendapatkan pakej ini?

Dimana boleh anda dapatkan pakej tawaran ASB Financing ini? Sudah tentu lah anda harus ke BSN yang terdekat dengan kawasan anda untuk sebarang pertanyaan lanjut. Kami disini hanya ingin berkongsi kepada pembaca untuk memastikan informasi yang kami kongsikan mungkin bermanfaat kepada orang lain.

Baca Juga: How To Buy UPU Pin In BSN

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan