Berapa Lama Goreng Ikan?

Mengoreng ikan memerlukan teknik yang betul agar dapat dimasak dengan sempurna. Sekiranya ikan yang digoreng tidak dimasak dengan sepatutnya, ikan boleh menjadi kurang masak, mentah di dalam atau boleh jadi juga ia digoreng terlalu garing hinggakan ikan menjadi keras untuk dimakan.

Hal yang paling teruk, ikan yang telah digoreng telah hangus terbakar hinggakan sukar untuk dimakan lagi. Artikel ini memberi sedikit petua berapa lama waktu yang sesuai untuk menggoreng ikan.

Menggoreng ikan dengan api sederhana

Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut, berapa lama mengoreng ikan, ada baiknya kita mengetahui tahap api untuk menggoreng ikan. Api yang terlalu besar, akan menyebabkan ikan yang digoreng mudah terbakar pada bahagian luaran tetapi pada bahagian dalaman isi ikan ia masih belum masak sepenuhnya.

Ikan
Ikan
Api yang terlalu kecil pula, akan melambatkan masa untuk menggoreng ikan. Api kecil juga menyebabkan ikan tidak dapat dimasak dengan garing sepenuhnya.

Api sederhana, adalah tahap yang sesuai untuk mengoreng ikan.  Oleh itu, pastikan minyak telah benar-benar panas sepenuhnya sebelum mengoreng ikan untuk hasil gorengan yang sempurna.

Menggoreng anggaran masa 1 hingga 5 minit

Menggoreng ikan di dalam anggaran masa ini, ikan masih dalam keadaan yang mentah. Jadi tidak sesuai untuk memakan ikan yang digoreng dalam tempoh kurang dari lima minit.

Menggoreng ikan anggaran masa 6 hingga 09 minit

Menggoreng ikan pada masa tahap ini, ikan telah digoreng separuh masak apabila menghampiri masa 9 minit. Sebahagian besar bahagian ikan telah masak dan sebahagian kecil lagi masih dalam keadaan mentah terutama pada isi bahagian dalam.

Menggoreng ikan anggaran masa 10 hingga 15 minit

Pada tahap ini, gorengan ikan anda telah masak sepenuhnya. Pada pemerhatian kami, waktu ikan masak dan garing dengan sempurna adalah dalam tempoh 13 minit. Apabila gorengan telah menghampiri masa 15 minit, ikan telah garing sepenuhnya dan agak keras untuk dimakan.

Menggoreng ikan anggaran masa 16 minit dan keatas

Pada tahap ini, gorengan ikan anda bersedia untuk hangus dan terbakar. Jadi tempoh masa ini, tidak digalakkan untuk anda masih lagi mengoreng ikan.

Baca Juga: Cara Goreng Ikan Paling Mudah

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan