Berapa Lama tempoh Mengecat Kereta Siap?

Berapa lama tempoh mengecat kereta anda? Artikel ini memberi panduan kepada anda berapa lama tempoh mengecat sesebuah kereta apabila anda menghantar ke bengkel untuk mengecat kereta anda. Tanda kereta anda harus dicat semula apabila warna kereta telah menjadi pudar dan juga kereta mengalami kemalangan.

Dimana tempat anda boleh mengecat kenderaan anda? Sudah tentunya tempat mengecat adalah melalui bengkel kedai mengecat kereta di kawasan anda. Merancang untuk menghantar kereta di bengkel cat kereta harus mememelukan perancangan yang tepat agar anda tidak tertunggu-tunggu terlalu lama untuk kereta anda disiapkan.

Tempoh mengecat bergantung kepada bahagian mana yang perlu dicat

Sebenarnya, tempoh untuk siap bagi kereta anda bergantung kepada  bahagian mana yang hendak anda cat, sama ada bahagian kereta yang kemek sahaja, bahagian yang mengalami kemalangan atau mengecat pada keseluruhan bahagian luar dan dalam kereta anda.

Baca Juga: Punca Cat Warna Kereta Menjadi Pudar

Jika anda ingin mengecat pada bahagian pintu yang kemek atau tercalar, ia mungkin hanya mengambil masa hanya beberapa hari sahaja setelah proses penyimenan keatas bahagian yang tercalar atau kemek teruk. Walau begitu, kesan calar sedikit sahaja mungkin tidak perlu melakukan penyimenan yang berlebihan. Ianya bergantung kepada kondisi kesan calar itu sendiri.

Tempoh mengecat luar dan dalam kereta

Satu proses yang agak lama untuk mengecat kereta anda apabila anda ingin menukar keseluruhan cat kereta anda kepada warna cat yang lain. Proses ini terpaksa membuka komponen-komponen yang terdapat dalam kereta anda sehingga kereta anda tinggal menjadi rangka untuk proses mengecat luar dan dalam kereta anda.

Mengecat Kereta
Gambar Hiasan
Mengecat luar dan dalam kereta memerlukan modal yang agak mahal kerana proses buka dan pasang komponen di dalam kereta anda itu sendiri. Tempoh mengecat bagi luar dan dalam kereta anda anggaran 2 hingga 3 minggu hingga atau lebih dari itu bergantung kepada tahap kesibukan di bengkel kereta.

Tempoh mengecat pada bahagian luaran kereta

Salah satu pilihan yang agak cepat bagi proses mengecat kereta anda adalah menggunakan cat warna asal kereta anda. Ini bermakna, anda tidak perlu membuka komponen dalaman kereta anda tetapi pihak bengkel hanya perlu mengecat keseluruhan body kenderaan anda dengan menggunakan kod cat kereta asal anda. Bagi proses ini jika tidak mempunyai kerosakan yang teruk dari segi calar dan kesan kemek, mungkin kereta anda boleh siap kurang dari seminggu bergantung kepada tahap kesibukan di bengkel cat kereta.

Berunding dengan pihak bengkel cat kereta

Setiap bengkel cat kereta akan memberikan tempoh tertentu bila kereta anda boleh siap pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak mereka. Oleh itu perlunya anda berunding terlebih dahulu kepada majikan bengkel cat kereta agar tempoh mengecat siap lebih cepat daripada yang telah ditetapkan.

Baca Juga: Cara Beli Cat Kereta Murah

Anda juga boleh berunding dengan pihak bengkel mengenai kos upah mengecat dan cat kereta pula serta simen,  anda boleh sediakan sendiri dengan mendapatkan dengan harga yang lebih murah di kedai menjual cat kereta atau di Shopee.

Baca Juga: Panduan Cara cat kereta Murah

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan