Cara Mengetahui Broker Forex Terbaik

Bagaimana untuk mengetahui broker forex terbaik? Dalam dunia trading betapa pentingnya anda harus mengetahui syarikat broker yang benar-benar kukuh agar anda tidak berisiko kehilangan wang anda disebabkan syarikat broker yang tidak boleh dipercayaai.

Memilih broker forex haruslah diambil kira dari pelbagai sudut misalnya adakah broker yang anda pilih telah didaftarkan oleh badan antarabangsa, sejauh mana kedudukan kewangan mereka,reputasi di dalam beberapa tahun dan juga maklum balas dari pelanggan broker itu sendiri.

Cara mengetahui broker forex terbaik

Untuk mengetahui broker forex yang anda pilih benar-benar memiliki kredibiliti dan reputasi yang baik, anda harus membuat sedikit kajian mengenai syarikat broker yang anda pilih. Sedikit panduan dari kami, terdapat dua cara untuk mengetahui dan menilai mengenai broker yang anda pilih iaitu

1. Truspilot

2. WikiFX

Mengetahui reputasi syarikat broker melalui Truspilot

Untuk mengetahui broker yang terbaik terutama bagi pengguna di Malaysia, anda boleh melayari web khas Truspilot di laman web mereka di https://www.trustpilot.com/ . Apabila anda ke laman web ini, untuk mengetahui syarikat broker anda, anda hanya perlu taip ke ruang carian dan pilih nama syarikat broker pilihan anda sekiranya ada.

Graf Forex
Graf Forex
Sebagai pengetahuan anda, Trustpilot membantu semua orang untuk menambah baik dunia misalnya pengalaman pengguna berkait sesuatu syarikat, tahap star yang diterima sama ada mengandungi ulasan-ulasan negative atau positif dari pengguna, maklumat syarikat, dan jumlah trustscore yang diperolehi berdasarkan maklum balas pengguna berdasarkan pengalaman terhadap syarikat tersebut.

Mengetahui reputasi syarikat broker dari apps WikiFX

Melalui WikiFX pula, anda perlu muat turun aplikasi WikiFX melalui playstore. WikiFx adalah sebuah apps Global Forex Broker Regulator Inquiry, dimana apps ini berkenaan dengan berita atau informasi mengenai broker di seluruh dunia.

Dari apps ini, anda akan mengetahui broker yang berisiko untuk melakukan penipuan, lesen syarikat, didaftarkan di mana, bintang yang diperolehi, jumlah tahun beroperasi, forum, berita dan pelbagai lagi.

Jika anda tidak ingin melakukan muat turun aplikasi WikiFX di Playstore, anda boleh melayari website merek di https://www.wikifx.com/en/.

Risko berdagang dalam forex

Forex adalah platform perdagangan mata wang antarabangsa. Berdagang di dalam forex memiliki risiko untuk kehilangan wang amat besar kerana terdapat pelbagai sebab pergerakan wang boleh berlaku, misalnya dasar dari bank dunia, politik, peperangan, wabak penyakit, berita-berita ekonomi yang boleh mempengaruhi pergerakan sesuatu mata wang sesebuah negara.

Sebuah cara untuk berdagang di dalam mata wang perdagangan forex adalah dengan mengabungkan dengan teknikal analisis dan juga fedumental analisis. Berdagang di dalam forex memerlukan kemahiran dan memerlukan anda belajar selama bertahun-tahun untuk menguasai perdagangan ini.

Melalui kajian kami selama beberapa tahun, tiada teknik holly grail di dalam perdagangan forex walaupun terdapat banyak cara dan teknik yang boleh diparktikan di dalam perdaganan forex tetapi tiada satu pun yang benar-benar berkesan.

Jika anda memiliki banyak masa yang terluang untuk memerhatian pergerakan graf, mungkin perdagangan forex adalah mungkin sesuai dengan keinginan anda. Jika anda tidak memiliki masa kerana komitmen dengan pekerjaan lain, anda akan berisiko untuk kehilangan wang.

Di dalam dunia forex, jangan anda berfikir anda memperolehi keuntungan besar pada hari ini dan esok anda masih memperolehi kemenangan yang besar kerana mengikut kajian mereka yang benar-benar memperolehi keuntungan di dalam perdagangan forex hanya 10% sahaja dan selebihnya adalah kalah di dalam perdagangan forex.

Jika anda tidak memiliki kesungguhan yang tinggi untuk belajar, berhati-hati dengan niat anda. Bermula dengan akaun demo terlebih dahulu dengan jumlah wang akaun demo mengikut kemampuan anda untuk berdagang. Jika akaun demo pun anda tidak dapat konsisten di dalam perdagangan, apa lagi jika anda bermain di dalam wang sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan