Cara Buat Duit Dengan Grab Car- Lakukan Hal ini!
Terdapat banyak idea bagaimana untuk menambahkan pendapatan kita sebenarnya. Artikel ini memberi anda idea cara buat duit dengan memandu kereta Grab Car berdasarkan trend terkini, cara mendapatkan wang dengan kaedah yang cepat. Anda sudah tentunya telah mengetahui mengenai Grab Car ini yang telah menjadi fenomena di dalam negara beberapa tahun yang lalu.
Sebenarnya,
ramai yang telah kecewa dengan menjadi pemandu grab car ini disebabkan
pendapatan yang tidak menentu disebabkan oleh persaingan dari pemandu yang lain
lebih-lebih lagi terdapat syarikat pesaing lain seperti Maxim dan Uber.
Sungguhpun begitu, adakah anda telah memaksimakan strategi anda sendiri
bagaimana anda mampu menyaingi pemandu-pemandu e-hailing yang lain dan mencipta
keuntungan kewangan yang semaksima mungkin?
Cara buat duit dengan Grab Car - Cari tempoh kemuncak
Untuk memaksimakan
keuntungan di dalam pemanduan e-hailing, perlunya anda menyusun beberapa
strategi anda bagaimana menguruskan masa yang paling sesuai untuk mendapatkan
pelanggan. Terdapat ramai pemandu Grab, tidak memerhatikan hal ini hingga
terpaksa membuang banyak masa tanpa memperolehi satu pun penumpang disebabkan
kurang pengetahuan bila masanya orang ramai memerlukan perkhidmatan Grab Car.
![]() |
| Image by Foundry Co from Pixabay |
Waktu Jam 8 pagi hingga 9 pagi
Waktu ini
adalah waktu orang ramai hendak ke tempat kerja, dimana kakitangan kerajaan
akan ke tempat kerja dan waktu 8 pagi hingga 9 pagi adalah waktu pekerja swasta
juga ke tempat kerja. Waktu ini dilihat sesuai anda berada lokasi strategik
seperti kawasan bandar dan juga kawasan perumahan untuk mendapatkan permintaan
dari pelanggan.
Jam 12 tengah hari hingga jam 0200 petang
Waktu ini
selalunya pelajar kolej akan balik ke kediaman mereka. Perhatikan di kawasan anda
sekiranya terdapat kolej atau university yang berhampiran. Anda boleh mendapatkan
pelanggan di kawasan ini. Apa yang anda buat, datanglah berhampiran di kawasan ini
dan tunggu pelajar-pelajar selalunya akan mendapatkan perkhidmatan e-hailing.
Jam 5 petang hingga 6 petang
Pada waktu
ini, kakitangan kerajaan dan juga pekerja swasta akan balik. Waktu ini adalah
waktu kemuncak tetapi bersedialah menghadapi jalan yang sesak. Rancang
perjalanan anda dengan teliti agar tidak mengharungi Kawasan yang sesak dengan
jalan raya. Waktu ini anda akan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan.
Baca Juga: 5 Alasan Anda Menjadikan Grab Car Sebagai Kerjaya Sambilan
Jam 9 malam hingga 10 malam
Waktu ini, pekerja
dari pasar raya dan komplek membeli belah akan selesai kerja. Perhatikan kawasan
anda sekiranya terdapat pasar raya dan kompleks membeli belah. Anda boleh
mendapatkan keuntunggan hasil dari permintaan pelanggan disini.
Jam 2 pagi hingga 3 pagi
Waktu ini
adalah waktu kemuncak bagi permintaan pelanggan yang balik dari kelab-kelab
malam. Jika anda tidak keberatan untuk mendapatkan pelanggan yang mabuk, anda
boleh memperolehi keuntungan pada jam-jam waktu ini.
Waktu hujung minggu 9 pagi hingga 10 malam
Pada waktu
ini adalah waktu anda boleh memaksimakan keuntungan semaksima mungkin, kerana permintaan
adalah sangat tinggi bagi perkhidmatan e-hailing, terutama pelajar, orang ramai
yang hendak ke kompleks membeli belah, dan pelbagai lagi aktiviti hujung minggu
Waktu kapal terbang sampai di airport
Perhatikan
bila masanya kapal terbang sampai di airport. Anda harus ‘alert’ pada
waktu-waktu ini dan suda tentunya anda mempunyai jadual penerbangan yang sampai
kerana ini lah waktunya anda mendapatkan pelanggan yang baru sampai di airport.
Kawasan terminal bot dan feri
Jika di Kawasan anda mempunyai perhentian penumpang seperti terminal bot laju atau feri kenderaan, anda juga harus mendapatkan jadual perjalanan mereka kerana waktu kemuncak akan kedatangan penumpang melalui perkhidmatan bot laju dan juga feri mempunyai permintaan yang tinggi e-hailing.
Baca Juga: Harga Grab Per KM Malaysia

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.