Apa Punca Bunyi Kuat Semasa Kereta Membelok?
Pernahkah anda mengalami semasa membelok kereta di kawasan u-turn terdapat bunyi yang kuat seperti krakk..! Lebih kurang seperti itu bunyi kedengaran. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui puncanya, adalah lebih baik untuk ke bengkel berhampiran dengan segera untuk melakukan pemeriksaan.
Bunyi kuat semasa membelok sebenarnya berpunca disebabkan terdapat
masalah yang berlaku keatas suspension kenderaan anda. Selalunya kenderaan yang
akan mengalami hal ini adalah kenderaan yang telah berusia. Oleh itu
pemeriksaan rapi mesti dilakukan dengan segera.
Punca bunyi kuat semasa kereta membelok u-turn
Tips ini sebenarnya dikongsi atas pengalaman saya sendiri untuk
tatapan pembaca sebagai panduan sekiranya mengalami hal yang sama. Beberapa bulan
yang lepas, saya menyedari semasa membelok kereta Proton Gen2 di kawasan yang
tajam iaitu kawasan u-turn, saya mendapati terdapat bunyi kuat iaitu bunyi
seperti krak! Semasa u-turn menghala ke sebelah kanan.
Saya cuba menghantar ke bengkel yang berhampiran untuk
melakukan pemeriksaan dan pihak bengkel mengatakan kemungkinan bunyi tersebut
disebabkan oleh drive shaft dan juga stabilizer link. Saya melihat drive shaft
telah mengeluarkan minyak sedikit dan saya berfikir kemungkinan memang benar drive
sahaft telah rosak.
Saya melakukan pemeriksaan keatas stabilizer link juga mendapati
bush getah telah keras dan pecah. Jadi saya beranggapan itulah antara punca
bunyi tersebut.
Menukar alat-alat ganti kereta
Saya bermula dengan melakukan penukaran stabilizer link di
sebelah kiri dan kanan dengan kos upah jika tidak silap saya sebanyak RM 40.
Saya juga telah melakukan penukaran penukaran stabilizer bush
pada masa itu. Apa yang saya dapati pemanduan kereta amat stabil dan tiada lagi
bunyi semasa melalui kawasan berbonggol. Semasa melakukan u-turn pula saya
masih mendapati bunyi krak! Masih lagi kedengaran.
Saya telah agak punca utama bunyi adalah disebabkan oleh drive shaft pada sebelah kiri. Saya telah membeli drive shaft di kedai alat ganti dengan harga RM 290 dan termasuk upah adalah RM 60. Jadi keseluruhan kos adalah sebanyak RM350.
Setelah melakukan pemasangan, bunyi tersebut hilang sekejap dan apabila saya melakukan pemanduan di kawasan selekoh tajam bunyi krak! Kedengaran semula. Jadi saya sudah tidak tahu berbuat apa-apa lagi, saya telah menghantar di bengkel tetapi mereka sendiri tidak menemui puncanya jadi saya telah melakukan sendiri pemeriksaan secara rapi.
Pemeriksaan kereta tanpa ke bengkel
Apa yang saya lakukan? Saya meminta bantuan seseorang untuk memulas kiri dan kanan stering kereta dan saya sendiri melihat punca masalah kenapa kereta tersebut berbunyi kuat semasa membelok.
Ketika stering dipusingkan, saya dapati terdapat bunyi krik.. yang agak perlahan apabila stering dipusingkan ke sebelah kiri dan kanan dan apabila saya meneliti dimana punca tersebut. Saya dapati ia berpunca dari absorber mounting. Setelah melakukan pemeriksaan lanjut, absorber mounting di sebelah kiri telah rosak dan tidak berfungsi dengan baik.
Menukar absorber mounting
Selang beberapa hari, saya telah membeli absorber mounting
di kedai alat ganti yang berhampiran dan telah melakukan penukaran di bengkel.
Sah! Punca bunyi krak! Kereta semasa membelok tajam atau semasa melakukan
u-turn disebabkan oleh masalah absorber mounting kerana apabila saya melakukan
u-turn, bunyi tersebut tidak ada lagi kedengaran.
Baca Juga: PengalamanFuel Pump Proton Gen 2 Rosak
Begitu lah sebuah pengalaman yang begitu berguna sekali untuk dikongsi kepada anda jika mengalami masalah yang sama. Lakukan lah pemeriksaan keatas absorber mounting kenderaan anda untuk memastikan bunyi itu berpunca dari mounting yang telah rosak.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.