Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap
Bagaimana cara buat sambal cili yang boleh menyebabkan anda bertambah-tambah pinggan nasi semasa makan? Mungkin sesetengah dari anda tidak tahu bagaimana membuat resepi sambal cili yang sedap. Tidak mengapa, kami akan menunjukkan anda bagaimana membuat resepi simple ini yang membuat telinga anda berasap kerananya.
Baca Juga: Resepi Ayam Masak Kicap Sabah
Ini mungkin
resepi yang simple tetapi percayalah, selera makan anda akan bertambah baik.
Resepi ini selalunya diamalkan oleh penduduk di utara borneo iaitu Sabah.
Amalan resepi ini telah mereka amalkan selama bertahun lamanya dan tidak hairan
setiap kali makan, resepi ini wajib ada dihidangkan ketika mereka makan nasi.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Bahan-bahan resepi sambal cili dengan limau nipis
Berikut
adalah beberapa bahan yang perlu disediakan semasa membuat resepi sambal yang
menyelerakan ini.
- Limau nipis- 2 biji (Dihiris nipis)
- Cili padi-7-10 biji
- Garam- Secukup rasa
Cara-cara membuat resepi sambal cili
- Masukkan cili padi berserta garam secukupnya ke dalam lesung batu di dapur anda.
- Dengan menggunakan penumbuk lesung batu, tumbuk secara perlahan-lahan cili padi hingga hancur.
- Apabila anda selesai, perah air limau nipis yang telah dihiris tadi ke dalam lesung batu. Dengan menggunakan sudu makan, gaul air perahan limau nipis agar sebati dengan cili.
- Langkah seterusnya, asingkan resepi cili itu ke dalam mangkuk berukuran kecil. Yay! Sedia untuk dihidangkan.
Baca Juga: Cara Buat Resepi Jeruk Mangga
Resepi cili ini sesuai untuk dihidangkan ketika anda makan nasi tengah hari bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Juga sesuai dihidangkan ketika makan malam, begitu juga sarapan pagi dengan mee goreng, bee hoon goreng, atau apa-apa resepi masakan bergoreng.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.