Cara Buat Sup Ayam Ala Chinese Style

Adakah anda tercari-cari cara buat sup ayam yang simple dan sedap? Kita akan berkongsi kepada anda bagaimana membuat resepi sup ayam ala Chinese style dengan bahan-bahan yang amat mudah diperolehi.

Sup ayam, apabila dimasak dengan cara yang betul, akan terasa sedap sekali dan menyelerakan. Terdapat begitu banyak resepi sup ayam yang boleh anda praktikan di dalam menu masakan anda. Tips resepi pada kali ini anda boleh cuba agar tidak bosan dengan resepi yang sama sahaja. Anda mesti mahu kelainan bukan? Baik berikut adalah cara penyediaan resepi ini.

Bahan-bahan resepi sup ayam ala Chinese style

  1. Ayam setengah kilo- Dipotong sederhana
  2. Labu kundur- Separuh labu kundur dan dipotong ukuran sederhana. Kulit labu kundur jangan dibuang, hanya perlu dikikis dengan pisau untuk menghilangkan lapisan putih kulit kundur .
  3. Goji berry- Satu sudu makan atau mengikut keperluan anda
  4. Kurma merah @Red date -5-7 biji atau mengikut keperluan anda
  5. Halia- Dua ulas halia ukuran sederhana besar dipecahkan
  6. Daun bawang- 4-5 batang dipotong dengan ukuran kecil
  7. Garam dan ajinomoto
  8. Serbuk lada putih

Cara-cara penyediaan sup ayam

  • Dengan menggunakan periuk sup anda, masukkan air bersih ke dalam periuk sup mengikut keperluan anda dan masukkan sekali ayam yang telah dipotong tadi dan goji berri, labu kundur, kurma merah dan halia. Hidupkan api dengan ukuran api yang kecil. Masa memasak adalah 30 minit.
  • Apabila sup ayam telah menghampiri masa 30 minit, masukkan serbuk lada putih mengikut keperluan anda dan masukkan juga garam dan ajinomoto secukup rasa anda. Yay! Sup ala Chinese style siap untuk dihidangkan. Akhir sekali taburkan daun bawang ke dalam sup ayam anda.

Memasak sup ayam ini dengan api yang kecil adalah bertujuan  semua bahan-bahan tadi masak dengan sebati. Rasailah keharuman bau buah kundur yang harum dalam sup ayam ini.

sup
Resepi sup ayam ini sangat berkhasiat kerana mengandungi goji berry, kurma merah, buah kundur, dan halia yang terkenal dengan khasiat kesihatan serta amat sesuai untuk mereka yang demam, selesema, dan kurang selera makan 

Baca Juga: 

1. Cara MasakSup Ayam Dengan Rempah Sup Bunjut Adabi

2. Resepi AyamMasak Kicap Sedap

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan