Cara Goreng Ikan Paling Mudah

Bagaimana cara goreng ikan? Bagi mereka yang belum pernah untuk mengoreng ikan, tentunya tercari-cari panduan bagaimana cara untuk mengoreng ikan yang paling simple dan mudah. Apa juga jenis ikan, jika ikan digoreng dengan cara yang betul ia akan menjadi garing dan sedap sekali dimakan.

Bagi anda yang langsung tidak tahu untuk mengoreng ikan, terdapat kemungkinan ikan yang digoreng tidak masak sepenuhnya atau terlalu masak garing hingga ikan amat keras untuk dimakan. Perkara yang paling teruk, ikan yang digerong terbakar hangus. Berikut adalah cara mudah untuk mengoreng ikan sebagai panduan anda.

Sediakan ikan untuk digoreng

Apa juga jenis ikan yang anda ingin goreng, pastikan dibersihkan terlebih dahulu, buka isi perut ikan, buang insangnya sekali dan bersihkan dengan air bersih sekali lagi. Jika ikan yang ingin digoreng bersaiz besar, anda harus memotongnya dengan ukuran yang lebih kecil mengikut kesesuaian anda.

Ikan Goreng Dengan Cili
Ikan Goreng
Jika menggoreng ikan dengan saiz yang besar, ia memerlukan minyak yang banyak untuk menggorengnya. Selain dari itu ia berisiko tinggi bahagian dalam ikan tidak akan masak sepenuhnya jika anda tidak mengetahui waktu sebenar ikan tersebut masak sepenuhnya.

Perap ikan dengan rempah dan garam

Setelah anda selesai menyediakan ikan untuk digoreng, tiba masanya untuk melakukan perapan ikan anda. Perkara yang paling asas untuk membuat perapan ikan untuk digoreng adalah garam. Taburkan sedikit garam pada ikan, dan lumurkan keseluruhan permukaan ikan. Jika anda ingin mengoreng ikan dengan cepat, anda boleh terus melakukan gorengan ikan tersebut, tetapi cari ini membuatkan ikan kurang sebati dengan perapan garam itu tadi.

Baca Juga: Cara Masak Ayam Dengan Sup Bunjut Adabi

Jika anda mempunyai masa untuk melakukan perapan, membiarkan ikan semalaman, membuatkan ikan telah sebati dengan garam yang telah dilumurkan pada ikan itu tadi. Tetapi jika anda ingin melakukan perepan hanya sebentar sahaja, masa 15 – 30 minit sudah mencukupi untuk melakukan perapan.

Untuk yang lebih advance, melakukan perapan ikan berserta serbuk kunyit, tepung, air asam jawa, cili dan rempah-rempah yang lain, menjadikan perapan ikan anda apabila digoreng tambah lebih menyelerakan dan sedap.

Panaskan minyak

Letakkan minyak pada kuali mengikut keperluan anda, nyalakan api sederhana pada gas dan tunggu sehingga minyak benar-benar panas. Memasukkan ikan ke dalam minyak yang belum benar-benar panas akan menyebabkan ikan tidak dapat digoreng dengan sempurna.

Goreng ikan selama 13- 15 minit

Dengan api yang sederhana, tempoh untuk ikan yang digoreng tadi masak sepenuhnya memerlukan waktu anggaran 13-15 minit untuk masak dan garing sepenuhnya. 15 minit adalah tempoh kemuncak ikan benar-benar garing dan jika masa mengoreng lebih dari itu, ikan yang digoreng terlalu garing dan akan menjadi keras.

Tempoh mengoreng kurang dari 10 minit pula, ikan masih tidak masak sepenuhnya lebih-lebih lagi ikan yang digoreng mempunyai isi yang tebal atau bersaiz besar.

Ikan sedia untuk dihidangkan

Yay! Ikan sedia untuk dihidangkan dan nikmati gorengan pertama anda dengan gorengan ikan yang sempurna. Pastikan semasa mengangkat ikan di dalam kuali, biarkan seketika untuk memastikan lebihan minyak pada ikan gorengan mengalir semula ke dalam kuali. Jika anda tidak melakukan hal ini, ikan gorengan anda kelihatan berminyak.

Terdapat ikan seperti ikan belut, ikan keli, ikan patin, memerlukan cara menghilangkan bau hanyir terlebih dahulu sebelum melakukan gorengan kerana jika anda melakukan gorengan terus, ikan tersebut masih terasa hanyir.

Baca Juga: Cara Masak Telur Masak Kicap

Cara yang paling popular untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan dengan menggunakan sedikit cuka pada air dan melakukan rendaman selama beberapa minit terhadap ikan dan kemudian dibasuh semula dengan iar bersih. Cara ini dikatakan begitu efektif sekali menghilangkan bau hanyir pada ikan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan