Cara Guna WhatsApp Web Yang Mudah
Adakah anda tercari-cari cara menggunakan WhatsApp Web? Menggunakan WhatsApp Web adalah satu keperluan yang telah disediakan oleh pihak WhatsApp untuk kegunaan pelanggan WhatsApp itu sendiri.
WhatsApp Web
membolehkan pengguna dapat mengaksess aplikasi whatsapp menerusi computer ataupun
laptop mereka sendiri. Dengan WhatsApp Web, pelanggan boleh melakukan editan
terhadap laporan-laporan whatsap mengikut kerja-kerja yang merkea perlukan
misalnya laporan-laporan yang diperlukan oleh majikan, memudahkan ayat
diperbaiki dengan lebih baikdan kemas sekiranya ayat atau perkataan yang perlu
ditaip ke dalam WhatsApp lebih panjang. Baik berikut adalah cara-cara
menggunakan WhatsApp Web.
Laptop atau computer mesti memiliki sambungan internet
Pertama
sekali, buka laptop anda atau computer anda dan pastikan ianya mempunyai
sambungan internet. Jika tiada, anda boleh menyambungkan kepada hotspot pada
telefon pintar anda. Apabila selesai, buka pada carian web anda, misalnya anda
menggunakan carian dari Google Chrome dan taip laman web rasmi WhatsApp Web ini
https://web.whatsapp.com/ .
Buka WhatsApp Web melalui Scan barcode
- Apabila anda telah membuka WhatsApp Web, pergi ke aplikasi WhatsApp anda, dan klik pada setting WhatsApp anda dan klik lambang barcode pada sebelah atas di bahagian kanan dan kemudian klik lagi pada Scan Code.
- Apabila anda telah klik Scan Code dan kamera anda telah terbuka, Scan Barcode pada lambang barcode di laman rasmi WhatsApp Web yang anda buka menerusi laptop atau computer anda itu tadi. Pastikan jarak telefon anda semasa melakukan scan barcode tidak terlalu jauh atau terlalu dekat agar memudahkan sistem mengesan code tersebut.
- Apabila anda telah scan barcode, akan keluar perkataan seperti ini, “Device login code detected” klik Continue dan klik Link Device. WhatsApp Web anda akan automatic terbuka. Anda kini boleh menggunakan WhatsApp anda terus melalui computer anda.
Buka WhatsApp Web melalui link with phone number
- Cara yang kedua setelah anda membuka whatsapp web melalui computer anda, hanya klik pada perkataan Link with phone number. Langkah seterusnya masukkan nombor telefon anda dan tekan button ‘next’. Pada screen WhatsApp Web di computer anda, akan tertera 8 kod perkataan sama ada berupa nombor dan huruf msialnya seperti nombor ini, X7HC-95K9.
- Pergi ke apps WhatsApp di telefon anda, masukan kod tersebut dan klik button Link a Device dan tekan lagi button Use mobile data. Yay! WhatsApp Web anda akan automatic terbuka. Anda kini boleh menggunakan WhatsApp Web anda sekarang.
Bagaimana jika
WhatsApp Web anda tidak boleh dibuka walaupun setelah melakukan scan barcod
atau melalui link? Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan anda menghadapi
kesukaran untuk membuka WhatsApp Web anda, pertama sekali pastikan internet
anda laju dan boleh membuka aplikasi WhatsApp Web. Internet yang lembab boleh
menyebabkan kesukaran untuk membuka WhatsApp Web anda.
![]() |
| WhatsApp-Gambar Hiasan |
Baca Juga: Penipuan Melalui Group WhatsApp
Salah satu
kesukaran untuk membuka WhatsApp Web disebabkan anda terlupa mengemaskini
aplikasi WhatsApp anda melalui Play Store. Jadi sebelum anda ingin membuka
WhatsApps Web, pastikan anda telah mengemaskini WhatsApp Messenger anda melalui
Play Store.
Baca Juga: CaraMengetahui Siapa Melihat Mesej Anda Dalam Group WhatsApp
Sebagai peringatan anda, jangan lupa untuk log out atau keluar dari WhatsApp Web di computer setelah menggunakannya kerana jika anda lupa untuk log out, orang lain boleh melihat mesej-mesej anda melalui WhatsApp web computer anda kerana anda masih belum melakukan log out.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.