Petua Cara Hilangkan Kelemumur Rambut Dengan Limau Kasturi

Adakah anda menghadapi masalah rambut berkelemumur? Petua ini akan mengajar bagaimana cara menghilangkan masalah kelemumur anda dengan bahan dari rumah sahaja iaitu dengan limau kasturi. Petua ini berdasarkan tips-tips yang dikongsikan daripada orang ramai sebagai panduan kepada mereka yang mengalami masalah kelemur.

Menghadapi masalah rambut berkelemumur disebabkan oleh pelbagai punca yang menjadikan rambut anda menghadapi masalah kelemumur misalnya seperti kulit kering, kulit kepala terlalu berminyak dan disebabkan oleh kehadiran kulat yis yang memakan minyak pada kulit kepala. Berikut adala petua bagaimana menghilangkan masalah kelemumur dengan limau kasturi.

Cara hilangkan kelemumur pada rambut dengan limau kasturi

Bahan-bahan

  1. 7-11 biji limau kasturi
  2. Syampu

Cara-cara  penggunaan syampu bersama limau kasturi

Limau kasturi perlu diperah untuk mendapatkan air perahannya dan dimasukkan ke dalam syampu anda bersama-sama. Pastikan air perahan limau kasturi itu digaul hingga sebati.

  • Cara penggunaannya pula, guna syampu anda Ketika anda mandi di pastikan meletakkan syampu pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan anggaran 5  minit dan basuh semula rambut anda dengan air bersih. Amat mudah bukan?
  • Bagaimana rutin penggunaannya pula? Hanya gunakan setiap kali mandi sehingga kelemumur anda berkurang dan akhirnya hilang. Petua ini bukan sahaja boleh mengurangkan masalah kelemumur anda, ia juga mampu mengatasi kulit kepala yang gatal dan juga mencantikan rambut anda kelihatan berkilat dan bersinar.
  • Bagi lelaki pula yang menghadapi masalah kelemumur dan berambut pendek, anda boleh menghiris sedikit kulit limau kasturi dengan pisau dan langkah seterusnya, perah terus limau kasturi dan lumurkan air limau pada keseluruhan rambut dan kulit kepala.
  • Biarkan selama 10-15 minit dan barulah anda bersyampu dan bilas rambut anda sehingga bersih. Amalkan car aini sehingga kelemumur anda hilang sepenuhnya. Cara ini begitu berkesan mengurangkan masalah kelemumur anda tetapi harus diamalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.

Dimana boleh anda dapatkan bekalan limau kasturi? Limau kasturi amat mudah diperolehi di kawasan pasaraya, kedai-kedai runcit dan juga di pasar tani dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk diperolehi.

Rambut wanita
Gambar Hiasan
Baca: Punca Kulit Rambut Gatal

Semoga petua ini, bermanfaat untuk anda, dan sekiranya anda telah mencubanya dan memperolehi hasil petua ini kongsikan kepada kami disini untuk panduan bersama. Walaupun petua ini berkesan untuk mengawal kelemumur anda, kami tidak menjamin keberkesanannya bagi penyakit-penyakit tertentu yang menyebabkan rambut kepala anda bekelemumur. Mungkin anda perlu merujuk pepada doctor anda untuk solusi yang terbaik.

Baca: Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Pantas

Comments

Popular posts from this blog

Preparation & Safety Tips Before Traveling

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Tip Cara Minum Cuka Epal Yang Betul

Pengalaman Fuel Pump Proton Gen-2 Rosak

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email