Petua Ampuh Cara Hilangkan Ketuat Selama-lamanya

Adakah anda mengalami ketuat? Penyakit ketuat boleh menyerang sesiapa sahaja. Penyakit ketuat disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV) dan tersebar melalui persekitaran yang tidak bersih hingga seseorang itu boleh dijangkiti oleh ketuat dan tersebar lagi melalui sentuhan.

Jadi jika anda mengalami penyakit ketuat, berhati-hati mengenainya dan jangan menyentuh mana-mana anggota badan yang lain apabila anda menyentuh penyakit ketuat kerana ia sangat berisiko untuk virus penyakit itu untuk menyebar. Tips ini kami kongsikan kepada anda berdasarkan pengalaman orang lain yang telah sembuh disebabkan penyakit ketuat yang dialami oleh mereka.

Dapatkan serbuk kapur sireh

Tahukah anda, ketuat amat mudah dihapuskan hanya melalui serbuk kapur sireh? Petua ini sebenarnya telah diamalkan oleh orang tua-tua zaman dahulu bagaimana menghapuskan ketuat yang terdapat di dalam anggota tubuh kita dan cara ini berkesan jika diamalkan dengan rawatan yang bentul.

Ketuat
Picture by, James Heilman, Licenced Via Creative Commons
Dimana boleh anda dapatkan serbuk sireh kapur ini? Serbuk kapur siri mudah diperolehi di kawasan pasar dberhampiran tempat tinggal anda. Kebanyakan penjual memang ada menjual serbuk sireh kapur dengan harga yang berbaloi.

Sevagai pengatahuan anda serbuk kapur sireh ini diperbuat dari cengkerang dan dipanaskan barulah ditumbuk hingga menjadi serbuk yang berwarna putih. Serbuk kapur ini amat popular digunakan sebagai pes untuk memakan sireh, pinang dan juga tembakau di sesetengah tempat.

Cara-cara menggunakan serbuk kapur sireh

Baik sebaik anda telah mendapatkan serbuk kapur sireh, apa yang perlu anda lakukan hanya tampalkan serbuk kapur sirih yang telah dibasahkan dengan air di tempat ketuat pada kawasan tubuh anda.

Apa yang anda dapati, selang beberapa hari ketuat yang timbul itu akan mengecut dan akan tertanggal sendirinya dari permukan kulit di mana ketuat itu muncul. Jika ketuat itu agak besar, mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menghilangkannya tetapi amalkan cara ini setiap hari dan ia akan hilang.

Baca Juga: Tips Hilangkan Bau Kaki Dengan Bedak Agnesia

Sesetengah pendapat, ketuat itu harus dilukakan sedikit bagi memberikan ruang kapur sireh itu bertindak dengan lebih cepat bagi membunuh virus ketuat yang menempel di permukaan kulit kita. Pada pendapat penulis, meletakkan kapur sireh pada penyakit ketuat amat sesuai sebelum kita tidur bagi memaksimumkan penyerapan bahan serbuk kapur sireh tersebut keatas ketuat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sekiranya anda memiliki petua yang lebih ampuh lagi bagaimana merawat ketuat dengan amat berkesan sekali, anda boleh berkongsi kepada kami disini sebagai tips dan kebaikan bersama-sama.

Baca Juga: Cara Minum Air Kacang Bendi

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan