Cara Hilangkan Kutu Beras – Guna Bahan Dari Dapur Jer Masalah Selesai!

Cara hilangkan kutu beras pada beras? Bagaimana caranya? Sesetengah dari anda mungkin tidak mengetahui apakah petua untuk menghilangkan kutu beras yang terdapat pada beras hingga ada di antara dari anda yang terpaksa membuang beras yang telah dimasuki oleh kutu-kutu beras.

Tunggu! Jangan buang beras tersebut kerana terdapat petua untuk menghilangkannya dengan cara alami. Hanya bahan-bahan  yang diperolehi dari dapur anda sahaja, masalah kutu beras anda akan segera selesai. Baik ini cara-cara nya.

Cara 1: Gunakan cengkih dan kayu manis

  • Apa yang perlu anda lakukan, buka penutup beras anda, dan ambil beberapa biji cengkih dan juga kayu manis. Letakkan ke dalam bekas beras di rumah anda dan biarkan selama beberapa jam, anda akan melihat kutu-kutu beras akan keluar dari bekas beras tersebut.

Cara 2: Gunakan Cili kering

  • Bahan ini juga senang anda perolehi di dapur anda, ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Bau kuat pada cili kering akan menyebabkan kutu-kutu beras akan keluar dari simpanan beras anda.

Cara 3: Gunaakan bawang putih

  • Cara ini dikatakan amat berkesan untuk menghalau kutu-kutu beras di dalam simpanan beras anda. Apa yang anda perlu lakukan, ambil selabuh bawang putih dan perlu dipotong di tengah-tengahnya menjadi dua bahagian dan letakkan di dalam beras yang dimasuki kutu-kutu tersebut. Bau bawang putih yang kuat akan menyebabkan kutu-kutu akan melarikan diri dengan segera dari beras anda.

Cara 4: Gunakan daun limau purut

  • Cuba anda lihat di peti sejuk anda, adakah anda menyimpan daun limau purut untuk masakan? Hanya gunakan beberapa helai daun limau purut dan letakkan pada simpanan beras anda. Kutu-kutu akan segera keluar dari beras-beras di dalam bekas simpanan beras tersebut.

Cara 5: Gunakan serbuk kopi

  • Tentu sahaja di dapur anda tentunya mempunyai serbuk kopi untuk minuman petang anda. Apa yang anda perlu lakukan, masukkan sedikit serbuk kopi ke dalam bekas plastic dan ikat bekas plastic tersebut. Langkah seterusnya lubangkan menggunakan jarum atau batang lidi satay pada bekas plastic, jangan risau serbuk kopi itu tidak akan keluar.
  • Motifnya disini adalah untuk memudahkan aroma kopi itu keluar. Bau aroma kopi tidak disukai oleh kutu-kutu beras dan akan menyebabkan kutu-kutu beras akan beredar dari beras anda.

Apa penyebab kutu-kutu beras ada di dalam tempat simpanan beras anda?

Sebenarnya, jika terdapat kutu-kutu beras di dalam beras anda, ia sebagai tanda beras tersebut telah lama dan kutu beras itu berasal dari beras anda sendiri. Beras yang kita beli selalunya telah ada telur-telur kutu beras yang terdapat pada beras.

Beras

Baca Juga: Cara Pilih Tembikai Manis Yang betul

Jika anda jarang menggunakan beras untuk dimasak, telur kutu yang terdapat pada beras akan menetas dan keluar dari beras-beras tersebut. Jadi anda jangan hairan, sekiranya beras yang anda simpan di dalam simpanan beras anda dan anda telah tutup rapat penutupnya masih terdapat kutu-kutu beras di dalam bekas simpanan beras anda.

Bahaya atau tidak jika termakan kutu-kutu beras ini?

Tiada kajian lagi yang mengatakan kutu-kutu beras ini boleh memudaratkan kesihatan manusia. Tetapi apa yang pasti, beras yang dimasuki oleh kutu-kutu beras menjadi mudah hancur dan cepat menjadi basi setelah dimasak.

Baca Juga: Cara Minum Air Kacang Bendi

Apa yang kita pelajari disini, jangan terlalu lama menyimpan beras di rumah anda kerana risiko kehadiran kutu-kutu beras yang memakan zat pada beras anda. Jika terlalu banyak sangat kutu-kutu beras di dalam simpanan beras anda, mungkin perlu menilai semula beras tersebut masih di dalam keadan elok atau sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan