Cara Memperbanyak Pokok Bunga Di Halaman Rumah Anda
Bagaiman cara memperbanyak pokok bunga anda? Mungkin anda memiliki satu pokok yang anda sayangi di halaman rumah anda dan ingin memperbanyak pokok tersebut dengan cara yang cepat. Jika anda tahu cara memperbanyakkan pokok bunga anda dengan cara yang betul, anda akan mencintai pekerjaan anda yang suka menananam bunga di halaman rumah.
Kaedah
memperbanyak pokok bunga telah diamalkan oleh kebanyakan nuseri bunga sejak
sekian lama dan kami akan berkongsi kepada anda teknik dan cara yang betul agar
pokok bunga dapat diperbanyakkan dengan cara yang cepat. Baik berikut adalah
cara yang betul bagaimana menggunakan kaedah ini.
Teknik keratan batang
Teknik yang
kami maksudkan adalah teknik keratan batang. Kaedah ini telah diguna pakai oleh
ramai petani sejak dari dulu lagi bagi mengembangkan pokok yang mereka tanam.
Walau begitu, sebagai pengetahuan anda tidak semua pokok dapat ditanam dengan
menggunakan cara ini tetapi bagi kebanyakan pokok bunga pula, selalunya kaedah ini
adalah berkesan.
![]() |
| Gambar hiasan |
Contoh anda
ingin memperbanyak pokok bunga kertas anda, dan perlu memotong beberapa bahagian
menjadi potongan-potongan yang lebih pendek dan setiap keratan pokok itu perlu
ditanam ke dalam pasu yang baru.
Keratan
pokok bunga ini setelah ditanam pada pasu bunga dan disiram dengan air, harus
ditutup menggunakan plastik dan diletakkan di tempat yang tiada pancaran
matahari. Anggaran 2- 3 minggu keratan itu akan hidup semula dan berakar serta
menghasilkan daun-daun baru. Pada fasa ini barulah anda meletakkannya di tempat
terbuka bagi pokok anda memperolehi sinar cahaya matahari.
Menggunakan baja penggalak akar
Satu rahsia
kejayaan yang diamalkan oleh kebanyakan petani dan nuseri pokok bunga adalah
dengan menggunakan baja penggalak akar. Keratan batang yang telah disediakan
dioleskan sedikit baja penggalak akar yang telah dibasahkan barulah keratan
batang tersebut ditanam pada pasu bunga.
Baja
penggalak akar atau rooting hormone merupakan baja khas bagi menggalakan
pertumbuhan akar yang sihat. Hanya ikut kaedah yang ditunjukkan pada panduan
produk dan pokok keratan batang pokok bunga anda akan menghasilkan akar yang
sihat.
Menggunakan tanah kompos
Sebelum
anda merancang untuk memperbanyakkan pokok bunga anda, hal yang terbaik untuk
disediakan adalah mendapatkan tanah kompos yang banyak dijual di pasaran kerana
tanah kompos ini mengandungi sumber mineral yang sangat bagus untuk pertumbuhan
pokok tanaman anda.
Jika anda
memiliki kemahiran untuk membuat tanah kompos sendiri, anda boleh sediakan juga
untuk penanaman pokok keratan bunga anda. Jika anda menanam keratan batang pada
tanah kompos, pokok keratan tersebut lebih cepat tumbuh dengan subur dan
ditambahi lagi dengan baja penggalak
akar, kaedah ini selalunya berjaya.
Pokok induk
Bagaimana?
Anda serba sedikit telah mengetahui kaedah ini bukan? Ini bermakna, satu pokok
bunga anda yang anda sayangi adalah pokok induk untuk dijadikan sebagai keratan
batang untuk memperbanyakkan pokok bunga itu lagi.
Pastikan
pokok induk bunga telah memiliki ranting yang banyak barulah kaedah ini boleh
digunapakai untuk penanaman teknik keratan batang. Jangan lupa untuk
mendapatkan baja penggalak akar untuk hasil yang lumayan.
Baca Juga: Rahsia Bunga Ros Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kembang Satu Taman
Semoga idea
ini bermanfaat kepada anda, kongsikan kepada kami jika anda mempunyai idea-idea
terbaik bagi kaedah penanaman keratan batang bagi kebaikan bersama.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.