Cara Tukar Kad Bank CIMB Dengan Mudah
Bagaimana cara tukar kad bank CIMB? Mungkin pertanyaan ini sering kali berlaku kepada pelanggan pihak CIMB bank apabila terdapat masalah akan berlaku terhadap kad bank mereka misalnya, kad bank rosak, kad bank hilang, kad bank tercicir ataupun dicuri.
Baca Juga: Apa Harus Dilakukan Apabila Kad Bank Hilang?
Melalui pemahaman kami, terdapat beberapa cara untuk menukar atau mendapatkan kad bank CIMB bank anda mengikut prosuder ataupun panduan yang diberikan oleh pihak bank CIMB. So, pelanggan-pelanggan CIMB bank, anda tidak perlu risau kerana panduan ini adalah cukup mudah untuk dilaksanakan.
Cara 1: Tukar kad bank CIMB di branch bank Cimb
Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad CIMB yang baru dan cara yang paling senang, anda hanya perlu ke mana-mana cawangan CIMB di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk melakukan pengantian kad CIMB yang baru.
- Anda hanya pergi ke kaunter pelanggan di mana-mana cawangan CIMB bank, dapatkan nombor giliran anda dan katakan kepada pegawai khidmat pelanggan sekiranya ada, berkait urusan penggantian kad bank CIMB.
- Anda hanya perlu tunggu nombor giliran anda dipanggil dan bila nombor giliran ada sampai, anda hanya pergi ke kaunter untuk berurusan. Jangan lupa untuk membawa Mykad anda kerana pihak bank memerlukan Mykad anda sebagai pengesahan.
- Pelanggan yang ingin berurusan di branch bank CIMB, anda dinasihatkan untuk datang awal kerana selalunya pelanggan-pelangan yang berurusan di bank memang ramai terutamanya pada waktu pagi.
Cara 2: Tukar kad bank CIMB bank dari luar negara
Bagaimana pula pelanggan yang ingin menukar kada bank CIMB bank ketika masih berada di luar negara? Pihak CIMB juga mempunyai solusi keatas masalah anda. Berikut merupakan tindakan yang perlu anda lakukan.
- Anda hanya perlu mengisi satu borang yang telah disediakan pihak CIMB khas untuk pelanggan yang berada di luar negara.
- Borang adalah seperti ini > BORANG PENUKARAN KAD<
- Borang tersebut anda hanya perlu isi sama ada kad debit adalah tercicir, rosak, chip rosak atau error, hilang atau dicuri, penipuan kad dan tamat tempoh.
- Jangan lupa mengisikan dimana alamat tempat kad CIMB baru dihantar kepada anda, begitu juga di dalam borang harus lengkapkan nama penuh, nombor telefon anda, nombor Mykad dan alamat email. Alamat perlu di register dahulu di dalam akaun CIMB sekiranya alamat adalah berbeza seperti alamat yang sedia ada di dalam akaun.
- Anda juga harus menyertakan salinan Mykad, salinan passport bagi bukan warganegara Malaysia.
- Bagi OKU, salinan kad OKU harus disertakan.
- Bagi pelanggan yang menghadapi masalah chip error dan kad tamat tempoh, salinan copy kad lama (depan sahaja) perlu disertakan.
- Apabila segala dokumen telah lengkap, anda hanya perlu submit ke alamat email berikut cru@cimb.com atau hubungi pusat khidmat pelanggan CIMB di talian +603 6204 7788
- Kad bank anda akan dihantar ke alamat anda di dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Pin keselamatan sementara pula akan dihantar ke telefon anda yang telah didaftarkan dengan pihak CIMB bank bagi pengaktifan kad debit yang baru.
- Caj perkhidmatan ini adalah sebanyan RM 12 dan akan di tolak melalui akaun CIMB anda.
Cara 3: Tukar kad bank CIMB bank secara online
Cara penukaran ini adalah cara yang paling mudah, kerana anda hanya perlu melakukannya secara online sahaja. Permohonan pengantian kad debit yang baru ini sesuai kepada pelanggan CIMB bank dimana kad akan tamat tempoh anggaran 3 bulan lagi. Berikut adalah panduan untuk memohon secara online sahaja.
Anda hanya pergi ke laman web CIMB ini https://apply.cimb.com.my/dcrform/#/ dan ikut arahan yang diarahkan.
- Masukkan 6 angka terakhir nombor MyKad anda dan 4 angka terakhir kad CIMB anda dan tekan button 'PROCEED'.
- Anda akan menerima nombor SecureTAC yang dihantar ke CIMB Clicks App atau CIMB OCTO App. Pastikan anda telah memuat turun aplikasi ini di telefon pintar anda dan telah mendaftarkan akaun anda.
- Hanya masukkan nombor SecureTAC dan tekan button 'CONFIRM' sebagai pengesahan.
- Pilih pilihan 'renew my debit card' dan tekan button 'PROCEED' ke step seterusnya.
- Seterusnya anda perlu buat pemeriksaan terhadap di mana alamat kad anda perlu dihantar. Jika alamat berbeza seperti alamat yang telah didaftarkan ke dalam akaun, pastikan anda perlu mengubah alamat terlebih dahulu.
- Pihak CIMB bank akan menghantar kad bank di alamat anda di dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
- Sebagai pengetahuan anda, nombor OTP (one time password) CIMB Bank tidak lagi digunakan, sistem keselamatan telah diperbahrui dengan SecureTAC bermula 20 mei 2023.
Penukaran kad bank CIMB semuanya di hujung jari
Seiring dengan teknologi terkini, pihak CIMB bank juga mengikuti perkembangan arus terkini dengan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pelanggan mereka dengan hanya berurusan dengan secara online sahaja.
Baca Juga: Kad Bank Islam Hilang
Cara yang dilakukan pihak CIMB bank ini bagi mengelakkan pelanggan-pelanggan mereka tidak terlalu lama atau bersesak di bank untuk berurusan dan juga sebagai satu bentuk tahap profesional pihak CIMB itu sendiri.
So, yang mana satu pilihan anda ketika anda ingin berurusan dengan pihak CIMB? Adakah anda perlu ke cawangan bank CIMB atau melakukan urusan dengan secara online sahaja. Semuanya di atas pilihan anda sendiri.
Baca Juga: Kad BSN Hilang, Apa Harus Dilakukan?

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.