5 Kelebihan Beli Domain Name Dari Google Domains Untuk Blogspot
Adakah anda ingin menukar alamat blog dari blogspot ke nama
domain yang dibeli dari Google Domains? Menukar nama blog sebenarnya tiada
masalah jika anda mempunyai sebab tertentu untuk menukarnya. Sebagai seorang
penulis blog, terutama kepada pengguna blogspot, jika anda ingin membeli domain
name, anda hanya perlu beli di di Google Domains kerana terdapat banyak
kelebihan untuk membeli domain anda.
Sebelum ini, membeli domain name untuk blog terus kepada
Google tidak tersedia tetapi Google mempunyai kerjasama dengan syarikat
terkemuka dunia iaitu GoDaddy pada masa itu. Kini Google mempunyai platform
tersendiri bagi pengguna mereka bagaimana untuk membeli domain name dari Google
sendiri.
Masalah yang sering dialami oleh pengguna blog untuk menukar
domain name dari syarikat domain yang lain adalah cara ataupan pengaturan,
setting yang agak begitu rumit hinggakan pengguna blog masih tidak tahu
pengaturanya mengambil masa berjam-jam untuk semata-mata melakukan settingan domain
name yang baru dibeli.
Kepada pengguna blogspot yang ingin membeli domain name
untuk blog anda, tidak lagi perlu anda pening kepala untuk membeli domain name,
hanya perlu beli dari Google Domain untuk cara yang paling mudah.
Google Domains, tiada pengaturan rumit dan setting yang menyusahkan
Bagi pengguna blogspot, kini anda tidak lagi perlu pening
kepala untuk membeli domain name dari syarikat domain name dari syarikat yang
lain kerana Google kini mempunyai platform sendiri untuk membeli domain name
terus kepada pihak mereka iaitu melalui Google Domains.
Dari segi pengaturan dan settingan pula, anda tidak perlu lagi memikirkan settingan untuk membolehkan domain name yang baru anda beli dengan kod-kod yang memeningkan kerana semuanya telah disetting oleh Google sendiri untuk pengguna mereka.
Anda hanya perlu beli domain name mengikut kehendak anda, masukkan domain name pada settingan custom domain pada blogspot, hanya beberapa minit sahaja domain name yang baru dibeli dari Google Domains akan berfungsi dengan benar. Walau Google Domains mengatakan jangka aktif selama 48 jam, tetapi mengikut pengalaman kami ianya boleh berfungsi dalam beberapa minit sahaja.
Anda tidak perlu memikirkan settingan yang lain kerana telah disediakan sendiri oleh Google untuk settingan domain name yang anda beli daripada pihak mereka berbanding jika anda membeli domain name dari syarikat penyedia domain name yang lain anda perlu melakukan settingan sendiri dan jika anda tidak tahu settingan tersebut, anda terpaksa mengupah pihak penyedia domain name untuk melakukan settingan dengan bayaran-bayaran tertentu.
Google adalah laman web carian gergasi dunia
Semua kita mengetahui, Google adalah syarikat web carian yang terbesar di planet ini. Kenapa kita tidak percaya kepada mereka? Platform blogspot pun diberikan kepada pengguna dengan secara percuma? Melalui pengalaman kami, jika anda membeli domain name dari Google Domains name, Google Crawler akan merangkak setiap url postingan anda dengan begitu cepat sekali dan terindeks dengan benar melalui Google Search.Jadi disini kita melihat terdapat kelebihan jika kita membeli domain name dari pihak Google itu sendiri kerana pihak Google akan menempatkan blog anda di tempat yang sepatutnya kerana kita membeli domain name dari pihak mereka.
Harga domain name Google Domains yang konsisten
Dari segi harga pula, terdapat pengguna di luar sana mengatakan harga domain name dari Google Domains adalah mahal berbanding dengan syarikat penyedia domain name yang lain. Jangan anda terperangkap dengan promosi bayaran yang murah dan terpaksa membayar lebih di kemudian hari.Ini lah jaminan yang diberikan kepada pihak Google terhadap pengguna mereka buat masa ini kerana harga domain name tidak akan meningkat setakat ini.
Ia bermakna, harga domain name dari Google Domains name terlihat
konsisten bermula dengan harga tahunan RM 50, RM 60, RM 65, RM 85, RM 90 dan
lebih dari itu lagi bergantung kepada tahap popular atau tidak sesuatu domain
name itu.
Selain dari itu terdapat bayak pilihan nama dan cadangan dari Google Domains untuk domain name yang anda pilih seperti .com, .net, .xyz, .org, .today, .tech, .dev dan banyak lagi pilihan lain.
Jaminan keselamatan identiti diri yang terbaik
Google Domains juga menawarkan privacy protection yang begitu bagus dan percuma. Sebilangan penyedia domain name yang lain mengenakan caj tambahan bagi fungsi ini dan sebilangan yang lain pula, identiti anda anda terbuka dan mudah mengalami serangan dari spam, begitu juga idintiti anda diketahui dan terdedah misalnya boleh diketahui daripada laman Whois.Cara pembayaran yang mudah
Melalui Google Domains, cara pembayaran pula tidaklah rumit kerana tersedia kaedah pembayaran melalui kad kredit dan juga kad debit. Walaupun tidak tersedia bagi pembayaran yang lain seperti melalui kaedah bank in, Paypal atau lain-lain cara bayaran, cara untuk membeli domain name daripada Google Domains masih dianggap cara pembayaran yang boleh diterima pakai kerana cara pembayaran ini adalah cara pembayaran kaedah yang moden.Mana satu pilihan anda?
Jadi bagaiamana? Adakah anda ingin membeli domain name dari syarikat penyedia yang lain setelah mengetahui Google kini tersedia bagi pembelian domain name melalui Google Domains? Pilihan adalah di tangan anda. Bagi kami, anda disarankan untuk membeli domain name daripada Google Domains kerana cara pengaturan yang begitu mudah.Baca Juga: How To Ping URL Over a Thousand Websites
Melalui Google Domains juga anda boleh menukar domain name anda ke nama domain name yang lain dengan cara yang amat praktikal. Misalnya domain name anda sebelum ini adalah slide.com ke blitz.com, ya boleh ditukarkan dengan sempurna melalui Google Domains tetapi penukaran nama domain name akan mengakibatkan nama domain name anda akan menjadi baru semula dan memerlukan masa untuk stabil semula.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.