5 Kelebihan Memakai Jam Tangan G-Shock

Adakah anda seorang peminat jam tangan? Artikel pada kali ini adalah mengenai kelebihan memakai jam tangan G-shock yang begitu popular sekali di pasaran dunia. Memakai jam tangan amat penting sekali di dalam kehidupan seharian kita agar dapat menepati masa di dalam urusan yang penting.

Jam tangan bukan sahaja dijadikan sebagai alat perhiasan diri tetapi sebagai symbol kepada pemakai jam tangan itu sendiri sama ada ia dari golongan yang berkemampuan atau sebaliknya. Di pasaran terdapat pelbagai jenam jam tangan dengan design yang begitu menarik, tetapi bagi penulis kualiti sebuah jam tangan itulah yang lebih penting.

Jam tangan tahan lasak

Jam tangan G-shock dicipta asalnya dari negara Jepun untuk aktiviti yang lasak. Kini jam tangan asli G-shock telah ada pemasangan di Thailand dan begitu juga China. Jika anda memakai jam tangan G-shock terutama bagi aktiviti outdoor, memang terserahlah ketahanan jam tangan ini dan ia dapat dibuktikan apabila anda masih mampu memakai tangan ini selama bertahun-tahun dengan kerosakan yang paling minima.

Jam Tangan G-Shock
Getah rubber yang digunakan pada jam tangan asli G-shock memang amat berkualiti sekali hingga mampu menahan apa jua bentuk cuaca dan persekitaran bagi si pemakai jam tangan ini. Jadi anda memang tidak rugi untuk membeli jam tangan G-shock yang asli.

Jam tangan water proof

Antara kehebatan jam tangan G-Shock asli adalah dicipta dengan tahan kalis air. Bergantung kepada jenis model jam tangan G-Shock, ia mampu bertahan di dalam kedalaman air sehingga beratus meter. Contohnya jam tangan G-Shock yang paling biasa iaitu model DW-5600BB, ia mampu bertahan sehingga 20 Bar atau 200 meter.

Apa lagi model jam tangan G-Shock yang lebih mahal, ia boleh bertahan lebih dari 200 meter kedalamanya. Setiap model jam tangan G-Shock sebenarnya telah diuji terlebih dahulu mengenai ketahanan kalis air. Jadi tidak hairanlah pengeluar G-Shock begitu berani memperkenalkan ketahanan jam tangan ini kerana ia telah diuji dengan tahap kedalaman air yang paling extrem.

Design yang menarik

Selain dari ketahanan dan kalis air yang tidak usah dipertikaikan lagi, kelebihan lain jam tangan G-Shock ini adalah design jam tangan mereka yang begitu menarik sekali. Jadi tidak hairanlah, jam tangan ini begitu laku sekali terjual di pasaran hingga terdapat pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan klon terhadap jam tangan ini.

Di pasaran terdapat begitu banyak jam tangan G-Shock tiruan yang dijual dan penjualnya telah mengalami keuntungan yang berlipat kali ganda kerana menjual dengan harga yang begitu murah sekali. Disini kita melihat, pengaruh jam tangan G-Shock begitu kuat sekali hinggakan orang ramai sanggup membeli jam tangan tiruan G-Shock kerana design jam tangan yang menarik.

Pemakaian yang selesa

Jam tangan G-Shock terdapat begitu banyak design mengikut citarasa seseorang peminat jam tangan G-Shock. Jika anda sebelum ini memakai jam tangan dari jenama selain G-Shock, anda akan mengalami kelainan dan keselesaan yang tersendiri apabila memakai jam tangan G-Shock yang asli.

Kebanyakan jam tangan G-Shock diperbuat dari bahan asas iaitu getah asli dan tidak hairanlah sekiranya anda memakai jam tangan ini, anda akan merasa begitu selesa untuk memakainya kerana diperbuat dari bahan getah yang original.

Harga mampu milik

Terdapat orang mengatakan jam tangan G-Shock asli adalah jam tangan yang mahal. Anda sebenarnya salah kerana terdapat begitu banyak peringkat dan kualiti jam tangan G-Shock ini bermula dengan model jam tangan yang paling biasa hingga model yang paling mahal sekali.

Bagi jam tangan G-Shock bagi model yang paling biasa tetapi ketahannya adalah begitu baik sekali dengan tahap kali air sehinggan 20 Bar, anda masih boleh mendapatkan dengan harga yang masih mampu milik iaitu di dalam harga kurang dari RM 300.

Baca: 3 kelebihan Membeli Perhiasaan Stainless Steel

Ia masih dianggap masih berbaloi kerana jam tangan yang anda pakai ini mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya dan boleh mencapai ketahanan sehinggan 10 tahun keatas. Pada pendapat anda, ia masih begitu berbaloi bukan?

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan