Kasut Kulit- Tips Kasut Kulit Tahan Bertahun-Tahun
Bagaimana kasut kulit mampu bertahan selama bertahun-tahun? Sebenarnya kasut yang diperbuat dari kulit binatang memiliki kualiti yang tersendiri bergantung kepada lapisan kulit pada bahagian kulit binatang itu sendiri.
Kulit yang
paling tahan adalah kulit yang diambil daripada lapisan paling luar binatang dan
bukannya lapisan dalam kulit itu sendiri. Jadi perlunya anda menilai jenis kualiti
kasut yang anda ingin beli. Salah satu tips untuk mengetahui kulit tersebut
adalah benar-benar asli adalah melalui bau pada kulit tersebut. Bau kulit yang
asli memiliki bau yang unik dan asli yang sukar dimiliki pada kulit tiruan. Kasut
kulit mempunyai cara dan teknik penjagaan khas bagi mengekalkan ketahannya.
Jemur kasut kulit anda dibawah sinar matahari
Kasut kulit
anda harus dijemur di bawah sinar matahari selama beberapa jam bagi mengekalkan
ketahanan dan membunuh bakteria serta kulat sekiranya ada. Lakukan 2-3 kali
seminggu secara konsisten. Cara ini bukan sahaja menjaga ketahanan tetapi untuk
memastikan kasut kulit kekal dalam keadaan kering.
Elakkan kasut kulit anda basah
Tidak
mungkin kasut kulit anda pakai sentiasa melalui kawasan yang kering, adakalanya
anda harus melalui kawasan permukaan jalan yang basah, berjalan di dalam waktu
hujan. Hal ini sudah tentunya akan menyebabkan ketahanan kasut kulit anda
secara perlahan-lahan akan menurun. Walau begitu, jika kasut kulit anda basah,
segera keringkan semula untuk mengekalkan keutuhan kasut kulit anda.
Elakkan mencuci kasut kulit anda
Anda tidak
perlu untuk mencuci kasut kulit anda kerana sekiranya anda mencucinya dengan
sabun ia akan mengurangkan ketahanan kasut kulit anda. Cukup dengan
mengeringkan dibawah sinar matahari dan kasut anda akan bertahan lama, kecuali
kasut anda benar-benar kotor dimasuki lumpur luar dan dalam anda harus
mencucinya dengan segera tetapi pastikan dikeringkan semula.
Sentiasa kilatkan kasut anda dengan Kiwi cecair
Satu alat
yang benar-benar terbaik bagi penjagaan kasut kulit adalah pengilat kasut dari
jenama Kiwi. Pengilat kasut jenama Kiwi memang diformulasikan untuk menjaga
ketahanan kasut kulit. Dapatkan pengilat kasut jenama Kiwi di pasaran dan
pastikan anda mendapatkan yang asli.
Jika kasut
kulit anda adalah kasut berwarna lain selain hitam, dapatkan pengilat kasut Kiwi
jenis neutral yang boleh digunakan untuk apa-apa warna kasut kulit. Bagi kasut
kulit yang berwarna hitam gunakan pengilat kasut Kiwa jenis black.
Hanya
gunakan secara rutin pengilat kasut jenama Kiwi dan kasut kulit anda akan bertahan
lama sehingga boleh menjangkau tahun.
Harga kasut kulit di pasaran
Kasut kulit
yang asli sememangnya memiliki harga yang mahal di pasaran kerana jaminan ketahanan
yang lama. Walau begitu, anda tidak rugi untuk memilikinya kerana anda boleh
menggunakan selama bertahun-tahun jika anda tahu cara penjagaan yang benar.
Kebanyakan
kasut kulit yang banyak dijual di pasaran adalah daripada kulit lembu, kulit
kangaroo, kulit babi dan paling tahan sekali adalah dari kulit buaya.
![]() |
| Kasut Kulit |
Sebagai
pengetahuan anda dan peringatan, di Shopee, terdapat ramai penjual yang menjual
kasut kulit jenis tiruan. Anda harus berhati-hati sebelum membeli kasut kulit
di web berkenaan. Pastikan anda melakukan pembelian dari kedai yang boleh
dipercayai.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.