Keladi Cina- Idea Maksimumkan Keuntungan Dalam penanaman
Keladi cina atau colocasia esculenta merupakan tanaman keladi yang begitu popular sekali terutama di Sabah dan digelar keladi cina Sabah disebabkan tanaman keladi ini memiliki harga yang begitu baik sekali disebabkan terdapat permintaan dari kalangan peraih dan kaum cina sendiri. Bagaimana memaksimumkan keuntungan di dalam penanaman keladi cina ini?
Hasil
penelitian kami, tanaman keladi cina ini jika diusahkan secara serius akan
menguntungkan kepada penanam terutama golongan petani bagi tujuan komersial.
Walau begitu, sebelum anda berniat untuk menanam keladi cina, perlunya anda
memiliki pengetahuan mengenai tanaman ini dari segi cara penanaman benih,
kesesuaian tanah, teknik pembajaan, teknik meracun, bila masa mengasingkan anak
keladi dari pokok induk, cara untuk menuai dan masa untuk menuai.
Tanam keladi melebihi 1 ekar tanah
Jika anda benar-benar
ingin menanam keladi cina bagi tujuan komersial, diperlukan keluasan tanah
melebihi satu ekar ke atas bagi membolehkan anda mampu memperolehi keuntungan
yang lumayan. Jika satu ekar tanah untuk penanaman keladi, anda memerlukan
sebanyak 8,000 anak benih keladi cina untuk ditanam di ladang anda.
Jika harga
semasa keladi cina melonjak naik ke RM 14 sekilo, kadar keuntungan kasar anda
adalah sebanyak RM 112,000. Cuba anda bayangkan jika harga keladi cina melonjak
ke harga RM 20 bagi sekilo keladi cina, bukankah keuntungan kasar anda adalah
sebanyak RM 160,000 semusim?
Jika setiap
isi keladi cina adalah seberat setengah kilo bagi setiap pokok dan harga semasa
adalah RM 9 sekilo, kadar keuntungan kasar anda adalah sebanyak RM 36,000. Jika
harga pasaran semasa adalah RM 14 sekilo, kadar keuntungan anda sebanyak RM
56,000 bagi satu ekar tanaman keladi. Masih mampu memberikan keuntungan yang
lumayan bukan?
Walau begitu,
untuk mencapai semuanya keuntungan ini dipengaruhi dengan banyak faktor, terutama
sekali jenis tanah di ladang anda dan begitu juga dengan cara pembajaan.
Melabur untuk membeli benih anak keladi cina
Jika anda
tidak mempunyai benih anak keladi cina, anda terpaksa melakukan pelaburan
terlebih dahulu bagi tujuan pertanian komersial keladi cina anda. Anda boleh melakukan servay terlebih dahulu
untuk mendapatkan harga benih keladi cina yang rendah dan berbaloi.
Pada masa
sekarang, rata-rata angaran benih keladi cina yang dijual oleh peladang adalah
di dalam anggaran RM 0.35 sen hingga RM 0.75 sen bagi satu pokok anak keladi
cina. Ini bermakna, jika anda memiliki 1 ekar tanah, diperlukan sekitar 8,000
pokok, anggaran modal anda adalah sebanyak RM 2,800. Walau begitu anda masih
boleh melakukan rundingan kepada peladang untuk harga yang lebih rendah.
Melabur untuk gaji pekerja
Di dalam
pertanian komersial, anda tidak dapat melakukan semua kerja-kerja dengan
seorang diri. Anda mesti memerlukan pekerja untuk menggerakan pertanian keladi
anda. Hal ini sudah tentunya memerlukan pelaburan bagi mengaji pekerja anda.
Walau begitu, jika dilihat kepada keuntungan yang anda akan perolehi nanti,
berbaloi untuk mendapatkan pekerja.
Mendapatkan
pekerja 2-3 orang sudah berbaloi untuk penanaman keladi bagi tanah keluasan
satu ekar. Jika anda sukar untuk mendapatkan pekerja, anda boleh mencari
pekerja dengan pengajian sistem pajak.
Di Sabah,
salah satu kelemahan petani di negeri ini adalah para petani memiliki tanah
yang besar tetapi kekurangan modal untuk mengusahakannya. Ini menjadi satu
kerugian apabila tanah yang besar terbiar selama bertahun-tahu tanpa diusahakan
secara komersial.
Melabur untuk pembajaan
Bagi
memaksimumkan keuntungan pengeluaran, di dalam pertanian komersial perlunya pelaburan
untuk membeli baja. Jangan takut untuk melabur kerana keuntungan akan berganda
apabila menggunakan baja berbanding dengan tanpa menggunakan baja.
Di pasaran terdapat banyak jenis baja yang boleh diperolehi dengan mudah sama ada baja dari baja organik atau baja kimia. Menggunakan baja kimia dan baja organik mungkin idea yang baik bagi pengeluaran hasil yang maksimum.
Tanpa penggunaan baja, anda sukar menandingi petani komersial keladi cina yang menggunakan baja kerana saiz isi keladi cina yang menggunakan baja sepenuhanya lebih besar berbanding dengan saiz isi keladi cina dari petani yang tanpa menggunakan baja.
Cari pembeli keladi cina
Sebelum
melakukan pertanian komersial keladi cina, betapa pentingnya anda mencari buyer
atau peraih terlebih dahulu. Jangan hanya mendapatkan satu peraih sahaja tetapi
carilah peraih di dalam 3-4 orang peraih yang benar-benar ingin membeli keladi
cina anda.
Kebanyakan
petani kecil menjual keladi cina hanya untuk mencari wang keperluan seharian. Tetapi
bagi pertanian komersial, ia memerlukan pembeli yang benar-benar serius kerana
jumlah pengeluaran dari ladang adalah jumlah yang banyak.
Anda juga
boleh berunding dengan kilang-kilang keropok yang berasaskan keladi bagi
menjual hasil keladi anda begitu juga dengan kedai-kedai kek kerana mereka
memerlukan keladi untuk tujuan pembuatan kek.
Menjual
sendiri keladi cina di pasar borong juga mampu memberi anda keuntungan yang
berganda kerana di pasar borong terdapat ramai peraih yang ingin membeli keladi
cina anda.
Elak pertembungan kebanjiran pengeluaran hasil keladi cina
Salah satu
risiko di dalam pertanian komersial adalah pertembungan pengeluaran hasil tani bagi
petani-petani komersial yang lain. Ini menyebabkan kebanjiran lambakan
pengeluaran hasil tanaman sama jenis hinggakan hasil pertanian sukar untuk
dijual.
Baca: Jenis-Jenis Varieti Cili Mempunyai Harga Terbaik Di Pasaran
Ini sudah
tentunya akan merugikan para petani. Oleh itu, anda harus bijak menilai di kawasan
anda siapa pesaing yang menanam keladi cina secara komersial. Jika anda menanam
keladi pada bulan yang sama, sudah tentunya anda terpaksa bersaing dengan
pesaing anda bagi tujuan penjualan nanti.
Untuk mengelakkan
pertembungan ini, mungkin anda harus menanam agak lewat sedikit berbanding
dengan pesaing anda bagi mengelakkan lambakan pengeluaran.
Tentukan keladi cina dapat dituai apabila menghampiri perayaan Tahun Baru Cina
Kebanyakan
petani keladi cina akan memperolehi keuntungan berganda apabila tiba perayaan tahun
baru cina kerana keladi cina mendapat permintaan yang begitu tinggi dan harga
yang tinggi dari kaum ini. Keladi cina adalah symbol yang penting kepada kaum cina
menurut kepercayaan mereka terutama sekali di dalam pembuatan kueh bakul.
Baca: Bagaimana Mengusahakan Tanah Memiliki Geran
Jadi bagi
memaksimumkan keuntungan dalam penjualan keladi cina dari ladang anda, pastikan
keladi cina anda dapat dijual apabila menghampiri perayaan tahun baru cina
kerana kaum cina akan mendapatkan keladi cina di dalam jumlah yang banyak bagi
tujuan perayaan mereka.
Faktor lain yang perlu diambil kira
Perkara
lain yang perlu anda ambil kira di dalam pertanian komersial keladi cina, anda harus mengambil kira
kedudukkan ladang anda sama ada jauh dari tanah besar, ketiadaan jalan raya,
kos pengangkutan, risiko penyakit tanaman, ramalan cuaca dan harga sebenar
keladi cina di pasaran.
Artikel
inilah idea bagaimana memaksimumkan keuntungan pertanian keladi cina komersial
anda berdasarkan kajian dan pengalaman-pengalaman dari petani yang telah biasa
di dalam pertanian keladi cina.
Baca: Kenali rambutan Gading
Di dalam
pertanian, risiko sentiasa ada tetapi setiap risiko anda boleh kurangkan
kerugian dan mampu memperolehi keuntungan jika anda memperolehi pengetahuan dan
ilmu yang benar bagaimana mengusahakan keladi cina dan selok belok di dalam
perniagaan ini. Semoga idea ini mampu memberikan inspirasi kepada anda di dalam
pertanian yang berjaya.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.