Petua Hilangkan Kulit Tangan Mengelupas Dan Gatal
Adakah anda mengalami kulit tangan yang mengelupas serta gatal? Terdapat dari kita akan mengalami situasi seperti ini dan tidak tahu apa yang harus dilakukan hinggakan kulit tangan akan mengelupas selama bertahun-tahun tanpa apa-apa solusi yang boleh memperbaiki masalah yang dialami.
Sebenarnya
terdapat pelbagai sebab kenapa kulit tangan anda mengelupas dan terasa gatal
apabila keadaan bertambah teruk. Jika anda tidak mengetahui masalah anda, anda
disaran untuk berjumpa dengan doctor untuk mengetahui masalah sebenar yang anda
alami. Adakalanya kulit tangan mengelupas adalah disebabkan mengenai kehidupan
harian kita seperti penggunaan sabun, shampoo yang tidak sesuai adalah punca
utama disebabkan kulit tangan anda mengelupas.
Kenal pasti kulit anda adalah sensitif
Selalunya
mereka yang sering mengalami kulit tangan mengelupas disebabkan oleh kulit
tangan anda sendiri yang sensitif atau alah terhadap sesuatu bahan kimia yang
kuat misalnya sabun, pewangi, shampoo, dan sebagainya. Jadi anda harus
perhatikan kulit anda bagaimana, adakah kulit anda adalah jenis yang sensitif?
Sebagai solusinya anda harus hentikan penggunaan bahan berbentuk kimia jika itu
penyebabnya.
Penggunaan sabun anti bakteria
Ketika anda
mandi, sabun jenis apa yang anda gunakan? Jika anda menggunakan sabun anti
bakteria misalnya sabun dari jenama Dettol, mungkin anda harus mempertimbangkan
penggunaanya lagi kerana sabun daripada Dettol adalah sabun jenis anti bakteria
dan tidak semua orang sesuai dengan sabun jenis ini kerana bagi kulit yang sensitive,
amat tinggi risiko kulit tangan
mengelupas dan gatal.
Penggunaan ubat-ubatan
Adakah anda
mengamalkan ubat-ubatan tertentu? Sesetengah orang yang mengambil ubat-ubat
tertentu didalam rawatan sesuatu penyakit, boleh menyebabkan alahan terhadap
ubat tersebut, oleh itu anda harus merujuk semula doctor anda untuk
mengenalpasti punca tangan anda mengelupas, gatal dan kaitan dengan ubat-ubatan
yang anda ambil.
Gunakan sarung tangan mencuci pakaian
Andakaha anda
sering kali membasuh pakaian dengan menggunakan cara cucian tangan? Sabun pakaian
mempunyai agen pewangi dan bahan kimia yang kuat. Jika penggunaan secara
berterusan, anda sangat berisiko tinggi mengalami kulit tangan yang mengelupas
dan peringkat yang lebih teruk, anda akan mengalami gatal-gatal pada tangan
anda.
Baca Juga: Punca Kulit Rambut Gatal
Jika
keadaan yang tidak mengizinkan anda harus mencuci kain dengan menggunakan
tangan anda disebabkan ketiadaan mesin basuh, anda disaran menggunakan sarung
tangan jenis plastic bagi mengelakkan kulit tangan anda terdedah terhadap serbuk
pencuci kain.
Penggunaan shampoo anti kulat dan anti bakteria
Perhatikan
juga jenis shampoo apa yang anda gunakan kerana ia juga antara penyebab tangan
anda mengelupas. Penggunaan shamppo anti kulat dan sampoo anti bakteria boleh
menyebabkan kulit tangan mengelupas dan juga gatal. Jadi hentikan penggunaannya
jika anda menggunakan sampoo jenis ini.
Penggunaan sanitizer
Adakah anda
sering menggunakan sanitizer berupa spray atau jenis cecair? Kebanyakan
sanitizer mengandungi bahan kimia yang amat kuat hinggakan bagi mereka yang
mempunyai kulit sensitive akan mengalami kesan sampingan yang berterusan selagi
masih menggunakan bahan tersebut.
Baca Juga: Kenapa Kulit Muka Mengelupas
Kesan
sampingan sanitizer sama ada jenis spray atau cecair boleh menyebabkan
gatal-gatal pada kulit dan mampu menyebabkan kulit tangan anda mengelupas. Hentikan penggunaan buat sementara
waktu untuk mengenal pasti sama kulit tangan anda mengelupas berpunca dari
penggunaan bahan tersebut.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.