Kulit Telur Sebagai Baja Tanaman- Jangan Buang!
Ramai dari kita selalunya, selepas menggunakan telur di dalam masakan akan membuang kulit itu ke dalam tong sampah dan akan menganggap ianya tidak berguna lagi. Anda tidak lah dipersalahkan 100% dalam hal ini kerana kurang pengetahuan tentang manfaat kulit telur ini sebagai baja tanaman yang sangat baik sekali.
Tahukah anda, kulit telur yang anda buang di tong sampah
mengandungi sumber nutrient yang begitu kaya dengan kalsium? Jika anda
meletakkan kulit telur ke atas tanaman anda ia akan menjadi kalsium karbonat
yang sangat bagus di dalam perkembangan tanaman anda.
Kulit telur bukan sahaja mampu memberikan sumber kalsium
kepada tanaman anda, tetapi kulit telur juga mampu meneutralkan kadar PH tanah
pada tanaman anda. Wah sampai begitu sekali manfaat kulit telur ini ya.
![]() |
| Image by Bek Greenwood from Pixabay |
Bagaimana menyediakan kulit telur untuk dijadikan sebagai baja untuk tanaman? Baik, berikut adalah cara-cara menyediakan kulit telur untuk dijadikan sebagai baja.
Cara proses kulit telur sebagai baja
Kumpulkan kulit-kulit telur di rumah anda atau jika anda
mahu kulit telur di dalam jumlah yang banyak, anda boleh berbincang dengan restoran
atau kedai mamak di Kawasan anda untuk mendapatkan bekalan kuli telur. Kedai
mamak terutamanya, memang memerlukan telur yang banyak di dalam masakan mereka,
so anda mudah memperolehi bekalan disini.
Anda hanya perlu lesung batu berserta penumbuk lesung
sahaja. Itu sudah memandai bagi menyediakan baja dari kulit telur. Apa yang
perlu anda lakukan, tumbuk hingga hancur kesemua kluit telur itu tadi dan
masukkan ke dalam balang yang tertutup.
Baca Juga: Tips Cara Halau Semut Dalam Rumah Cukup Berkesan
Sekiranya anda menggunakannya pada tanaman anda, anda hanya
perlu taburkan serbuk telur yang telah hancur itu tadi berhampiran dengan
tanaman anda. Mudah bukan? Jika menjadi satu masalah bagi anda untuk menumbuk kulit
telur dari lesung, anda boleh juga menggunakan blender di rumah anda bagi
menghancurkan kulit-kulit telur itu.
Selain dari itu, kulit telur juga dikatakan sebagai
penghalau semut di kawasan tanaman anda dan juga di dalam kawasan rumah, anda
hanya menaburkan serbuk kulit telur pada laluan semut, dan semut akan
perlahan-lahan pergi. Menarik bukan? So jangan biarkan manfaat ini tidak
digunakan, lakukan sekarang untuk merasai manfaat kulit telur.
Baca Juga: Kulit Telur Petua Halau Semut Dari Kebun
Kulit telur sebagai baja organik, yang sangat bagus untuk tanaman anda. Taburkan serbuk kulit telur keatas semua tanaman anda dan anda akan lihat hasil yang terbaik. Semoga artikel ini bermanfaat, kongsikan kepada orang lain untuk pengetahuan Bersama.

Comments
Post a Comment
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.