Melancong Ke Sarawak Jangan Lupa Makan resepi Mee Kolok!

Adakah anda berhasrat untuk melancong ke negeri Sarawak? Jangan lupa makan mee kolok @ mi kolok! Sarawak adalah satu negeri yang paling terbesar sekali di negara ini dan pelbagai tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi di negeri ini. 

Begitu juga menu masakan yang begitu unik dan menarik serta sedap-sedap sekali. Artikel ini adalah berkenaan dengan satu menu masakan yang saya akan ingat sampai bila-bila apabila mengunjungi tempat ini iaitu masakan resepi mee kolok Sarawak.

Kenapa mee kolok Sarawak? Sedap ke? Ya, saya berterus terang mee kolok Sarawak adalah sangat sedap sekali dan bagi anda yang pernah datang ke negeri, tidak sah jika anda tidak menikmati masakan mee kolok Sarawak yang bayak dijual di kedai-kedai makan di negeri ini. Mengapa resepi ini sedap? Baik, ini adalah pendapat peribadi saya sendiri berkenaan mee kolok Sarawak.

Rasa mee yang tidak terdapat di negeri-negeri lain

Bahan resepi mee kolok Sarawak hanya terdapat di negeri Sarawak sendiri. Oleh sebab itu jika anda menikmati masakan mee kolok di negeri-negeri lain, rasa masakannya memang tidak sama kecuali mee tersebut diperolehi terus di negeri Sarawak.

tips melancong
Gambar hiasan
Saya telah menikmati pelbagai masakan mee, ya memang mee kolok di negeri lain tidak sama dengan resepi mee kolok yang terdapat di negeri Sarawak kerana bahan-bahan yang diperolehi tidak sama dengan bahan yang terdapat di negeri Sarawak.

Resepi kicap cair mee kolok ang terdapat di Sarawak sahaja

Satu bahan rahsia untuk menjadikan resepi mee kolok Sarawak begitu sedap sekali adalah kicap cair khas bagi resepi mee kolok Sarawak. Kicap cair ini hanya boleh diperolehi di negeri Sarawak tetapi mungkin pada masa ini anda boleh memperolehi kicap cair mee kolok yang ada dijual di pasaraya sekiranya ada atau terdapat kawasan tertentu anda boleh memperolehi kicap cair mee kolok.

Daging cincang atau dihiris nipis yang lembut

Selain dari bahan mee kolok dan juga kicap cair, bagi pendapat saya, daging cincang atau daging cincang ayam yang dicampur bersama-sama dengan mee kolok adalah begitu sedap kerana rasa yang pas.

Saya perna cuba resepi mee kolok yang terdapat di Pulau Labuan, rasa daging tidak sama kerana daging agak liat dan kurang lembut berbanding dengan mee kolok. Di Sarawak kebanyakan resepi mee kolok adalah daging yang telah dihancurkan.

Ini adalah pendapat saya sendiri mengenai resepi mee kolok Sarawak. Jika anda harus ke Sarawak, cubalah resepi mee kolok kerana ia akan membuatkan anda makan hingga menjilat jari kerana rasanya unik dan sedap.

Baca Juga: Resepi MeeKolok Atau Kolo Mee Segera Keluaran Maggi Malaysia

Sampai sekarang, saya masih teringat mengenai mee kolok walau telah berpindah ke negeri lain. Anda masi boleh mendapatkan resepi ini melalui Shopee mengenai mee kolok, kicap mee kolok dan anda boleh membuat resepi ini sendiri di rumah anda walau mungkin memerlukan sedikit kos untuk mendapatkan bahan-bahan yang berada di negeri Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan