Rahsia Pokok Bunga Di Halaman Rumah Berbunga Lebat

Rahsia pokok bunga di halaman  rumah berbunga lebat. Adakah anda suka menanam pokok bunga di kawasan halaman rumah anda? Bagi mereka yang suka menanam pokok bunga di kawasan sekitar halaman rumah, sudah tentunya anda mahukan pokok-pokok bunga anda bukan sahaja hidup subur tetapi pokok bunga tersebut berbunga lebat bukan?

Terdapat beberapa tips yang kami kongsikan kepada anda sebagai satu rahsia bagaimana membuatkan pokok bunga yang anda tanam berbunga lebat. Sebenarnya jika anda mengetahui cara ini sudah tentunya, halaman rumah anda akan dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mengembang cantik dan menarik di pandangan mata dan sebagai satu terapi untuk ketenangan mata sesiapa yang memandangnya. Baik berikut adalah beberapa tips yang patut anda amalkan.

Penggunaan tanah kompos

Penggunaan tanah kompos amat mempengaruhi tahap kesuburan pokok bunga yang anda tanam. Ini adalah asas permulaan untuk menanam apa pun jenis pokok yang ditanam. Apakah jenis tanah yang anda gunakan pada pokok bunga anda?

Jika anda menggunakan tanah biasa umpamanya tanah merah, tanah tersebut sebenarnya kurang sesuai bagi menanam pokok bunga. Jika anda tidak mampu membuat sendiri tanah kompos, anda boleh mendapatkan di kedai nuseri atau pasaraya. Tanah kompos merupakan sumber vitamin dan mineral baik untuk pokok-pokok bunga anda.

Bunga Ros
Bunga Ros- Gambar Hiasan
Bagaimana dengan pokok yang sudah ditanam menggunakan tanah merah? Anda tidak perlu risau mengenai hal tersebut, apa yang perlu anda lakukan, hanya perlu campurkannya dengan tanah kompos sudah memandai.

Jika anda sudah menggunakan tanah kompos keatas pokok bunga anda, anda akan melihat sendiri perubahan tahap kesuburan pokok-pokok bunga tersebut, misalnya daun yang lebih lebar, batanga yang kelihatan kukuh, dan akan keluar pucuk-pucuk baru.

Rutin penyiraman air

Kita sebenarnya mengatakan perkara asas kepada anda, yang mana menyiram dengan air pokok-poko bunga adalah satu kewajipan dan satu rutin yang perlu dilakukan setiap hari. Kegagalan untuk menyirami pokok-pokok bunga secara konsisten  akan menyebabkan pokok bunga anda tidak akan berkembang dengan baik kerana kekurangan air pada pasu pokok bunga tersebut.

Kami mencadangkan agar anda mesti wajib menyirami pokok-pokok bunga anda pada waktu pagi dan pada waktu petang  setiap hari agar pokok bunga anda memperolehi bekalan air yang mencukupi seterusnya melancarkan tumbuh besaran pokok bunga anda.

Pengunaan baja kimia dan baja organic

Disinilah sebenarnya rahsia bagaimana membuatkan pokok-pok bunga anda berbunga lebat sepanjang waktu dengan penggunaan cara betul mengenai baja kimia dan juga baja organic. Bagi baja kimia NPK, ia mempunyai pelbagai jenis dan kandungannya serta fungsi tersendiri. Jadi pengetahuan mengenai baja NPK adalah penting untuk penentu kesuburan pokok-pokok bunga anda.

N adalah singkatan bagi Nitrogen iaitu mengenai baja untuk kesuburan daun. P adalah singkatan bagi Phosporus iaitu merujuk kepada baja pertumbuhan akar yang baik. K merujuk kepada baja untuk pertumbuhan keseluruhan pokok tersebut terutama mengenai buah dan bunga.

Baca Juga: RahsiaBunga Ros Jepun Hidup Subur Dan Bunga Merimbun Kembang Satu Taman

Semasa anda menanam pokok bunga anda, betapa pentingnya anda menggunakan unsur NPK yang lebih besar pada bahagian N dan P. Pada fasa pokok bunga anda telah hidup secara normal selepas beberapa minggu telah ditanam, penggunaan baja NPK harus seimbang. 

Semasa pokok bunga  anda mulai mengeluarkan pucuk-pucuk bunga yang masih kecil, anda harus menggunakan baja NPK dengan unsur P dan K yang besar. Apa yang berlaku? Pokok-pokok bunga di halaman anda akan berbunga dengan sangat lebat sekali.

Rahsia ini sangat berkesan dan pokok bunga anda berbunga dengan lebat sekali tetapi teknik ini jika diamalkan terus akan menyebabkan pertumbuhan yang tidak seimbang sebenarnya dan boleh menyebabkan pokok bunga anda akan layu dan mati jika diamalkan terus kerana penggunaan baja kimia NPK.

Baca Juga: Rahsia Bunga Atau Tanaman Halaman Rumah Hidup Subur

Jadi bagaimana solusinya? Selepas anda menggunakan baja NPK bagi pertumbuhan bunga yang lebat, gunakanlah baja organic semula bagi meneutralkan semula baja kimia pada pokok-pokok bunga anda. Baja organic seperti baja tahi ayam, baja tanah cacing yang telah siap diproses banyak dijual di pasaran pada masa ini dengan harga yang murah.

Penggunaan baja NPK jarus digunakan mengikut sukatan yang betul, jika anda terlebih meletakkan baja pada pokok bunga anda, ia akan berisiko pokok bunga anda akan mati. Jadi ikut panduan yang betul agar pertumbuhan pokok bunga anda menjadi sempurna.

Baca Juga: Cara Memperbanyak Pokok Bunga Di Halaman Rumah Anda

Jika anda memiliki pengalaman bagaimana pokok bunga berbunga lebat, kongsikan kepada kami disini untuk panduan bersama. Semoga tips ini membantu anda dan semoga pokok bunga anda akan berbunga dengan selebat lebatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Resepi Sambal Cili Simple Dan Sedap

Tips Memilih Lampu Suluh Yang Baik Dan Terang

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Pengetahuan Am: Apa Maksud Email

Persedian Buat Pinjaman Peribadi Di Bank Untuk Kakitangan Kerajaan